Skip to main content

Selebriti

“Hanya Mas Kahwin RM300 & Al-Quran Untuk Miliki Awak…” - Nadzmi Adhwa Sayu Imbau Detik Nikah, Doakan Isteri Selamat Pergi & Kembali

Astrogempak nadzmi adhwa ardell kenangan nikah

Sekilas

  • Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi kenangan perkahwinannya dengan Ardell Aryana yang berlangsung 7 tahun lalu dengan mas kahwin RM300 dan senaskhah Al-Quran sebagai hantaran.
  • Ardell kini menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0 yang bertujuan menentang kepungan Israel ke atas Gaza dan membantu krisis kemanusiaan di sana.
  • Misi tersebut melibatkan lebih 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, termasuk petugas awam seperti doktor dan guru, yang akan memberikan bantuan serta pembinaan semula di Gaza.

Pelakon, Nadzmi Adhwa mengimbas kembali detik pernikahan bersama isterinya iaitu aktres, Ardell Aryana yang berlangsung tujuh tahun lalu.

Menerusi hantaran platform Threads, Adhwa mendedahkan perkahwinan mereka dibina atas dasar kesederhanaan apabila hanya berbekalkan mas kahwin RM300 serta senaskhah Al-Quran sebagai hantaran.

Malah Adhwa juga turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang disifatkan sebagai seorang yang ikhlas dan tidak materialistik.

“Hanya mas kahwin Rm 300 sebab Selangor dan senaskah Al-Quran sebagai hantaran nikah kita untuk miliki awak @ardellaryana 7 Tahun lalu. Itu sahaja permintaan awak untuk saya halalkan.

“Tiba-tiba nak subuh ni, sayu sekejap teringat. Allah kurniakan saya isteri yang sangat tak mengejar dunia Terima kasih Allah atas kurniaan mu,” coretnya.

Dalam pada itu, Adhwa turut menitipkan doa agar segala niat dan pengorbanan isterinya sentiasa mendapat keredaan Allah, selain mendoakan keselamatan Ardell dalam setiap urusannya.

“Semoga Allah reda atas niat awak dan pengorbanan awak. Biar Allah dan saya sahaja tahu apa niat awak ke sana. 

“Selamat pergi dan kembali pada saya dan anak anak ya,” tulisnya.

Terdahulu, Ardell sekali lagi menyertai misi Global Sumud Flotilla 2.0.

Difahamkan Ardell dan delegasi Malaysia yang lain bakal terbang ke Barcelona terlebih dahulu sebelum meneruskan misi tersebut.

Selain Ardell, turut serta dalam misi kedua ini adalah Heliza Helmi, Hazwani Helmi, dan Haroqs.

Sekadar info, Delegasi Global Sumud Flotilla (GSF), yang menghimpunkan lebih daripada 80 kapal dan 1,000 peserta dari seluruh dunia, dijadualkan berlepas dari Barcelona ke Gaza pada 12 April.

Misi itu bertujuan menentang kepungan Israel ke atas Gaza selain memberikan respons terhadap krisis kemanusiaan dan politik yang semakin meruncing yang dihadapi rakyat Palestin.

GSF tahun ini dirancang untuk memberikan impak, dan menyifatkannya sebagai intervensi awam yang disusun rapi pada saat keganasan dan krisis kemanusiaan semakin memuncak.

Misi itu turut disertai petugas awam termasuk doktor, guru dan pembina ekologi, yang bersedia memberikan bantuan segera, perkhidmatan penjagaan komuniti dan pembinaan semula pada peringkat awal bersama-sama dengan rakyat Palestin.

Sumber: Threads @nadzmiadhwa

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

Must-Watch Video

Advertisement