Sekilas
- Azmi Saat, vokalis Caliph Buskers, mengakui dia takut makan bersendirian di kedai makan.
- Dia lebih selesa membeli makanan secara bungkus atau membuat pesanan dari rumah daripada makan di luar seorang diri.
- Kebimbangan untuk berdepan situasi tidak dijangka ketika makan bersendirian menjadi sebab utama dia mengelak makan di kedai.
Penyanyi juga vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat, 39, mengakui dirinya mempunyai rasa takut untuk makan bersendirian di kedai makan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Azmi berkata dia lebih selesa membeli makanan secara bungkus atau membuat pesanan dari rumah berbanding makan di luar seorang diri.
“Perut lapar. Kedai makan banyak juga di sini. Tapi, saya memang jenis takut nak makan di kedai kalau seorang diri.
“Entah kenapa dari dulu saya memang takut nak makan seorang di kedai. Kalau perlu pun, saya akan tapau dan makan di rumah. Tapi selalunya memang saya order dari rumah saja,” kongsinya.
Jelas Azmi lagi, dia mengakui kebimbangannya untuk berdepan situasi tidak dijangka ketika makan bersendirian menjadi antara faktor utama dia mengelakkan diri daripada makan di kedai.
“Saya selalu risau kalau sedang makan lepas tu ada orang tegur, lepas tu saya tak tahu nak respond macam mana,” coretnya.