Sekilas
- Nama anak Eyka Farhana, Muhammad Luay Khayr, menjadi perhatian netizen yang mempertikai pemilihan nama tersebut.
- Ramai netizen mempertahankan nama Luay yang diambil daripada moyang Rasulullah SAW yang kesembilan, Lu’aiy.
- Eyka berkongsi berita gembira melahirkan anak pertama selepas berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.
Nama anak kepada pelakon, Eyka Farhana iaitu Muhammad Luay Khayr menjadi perhatian sehinggakan ada netizen yang mempertikai pemilihan nama tersebut.
Menerusi hantaran beberapa individu di Threads, mereka merasakan pemilihan nama tersebut sebagai pelik malah ada yang mendakwa Eyka dan suami mahu menamakan anak mereka mengikut gaya Barat.
“Pelik-peliklah nama Luay, apa benda tu?” tulis seorang netizen.

Pertanyaan individu itu kemudiannya meraih perhatian netizen lain yang tampil mempertahankan pemilihan nama Luay.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi bahawa nama tersebut diambil daripada moyang Rasulullah SAW yang kesembilan iaitu Lu’aiy.


Terdahulu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkongsi berita gembira mengenai dirinya yang selamat melahirkan cahaya mata pertama.
Untuk info, Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid, pada 2 Mei 2025.