Sekilas
- Seorang pengguna media sosial memuji nilai produksi drama Astro Original, Good Boys Go To Heaven, terutamanya usaha menunggu ketibaan kereta api untuk rakaman babak tepat.
- Proses penggambaran di Taiping memerlukan pasukan produksi mengatur jadual dengan teliti dan menunggu cuaca serta kereta api yang sesuai untuk setiap scene.
- Drama ini mengisahkan Yasser yang kehilangan anak lelakinya, Ahyan, dan ditayangkan setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra serta boleh distrim awal di Astro GO dan Sooka.
Seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kagum terhadap nilai produksi drama Astro Original berjudul Good Boys Go To Heaven.
Menerusi perkongsian di platform Threads, individu yang dikenali sebagai Elmi Elmo menyatakan antara perkara yang paling menarik perhatian adalah proses penggambaran yang memerlukan pasukan produksi menunggu ketibaan kereta api bagi memastikan setiap babak dapat dirakam dengan tepat mengikut perancangan.
“Aku kagum dengan production value Good Boys Go To Heaven. Salah satu benda yang aku paling kagum adalah banyak scene nak shoot kena tunggu jadual keretapi lalu.
“Nak susun scheduling shoot tu satu hal, faktor cuaca lagi satu hal, pastu semalam scene budak budak berlakon pun tunggu train lalu.
“Kalau tak kena, bayangkan nak kena tunggu train lagi satu lalu pulak nak shoot shot master scene tu.
“Kalau shoot dekat area KL takpe lagi keretapi banyak. Ni dekat Taiping sana,” kongsinya.

Perkongsian berkenaan turut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji kesungguhan pasukan produksi dalam menghasilkan visual berkualiti.
Good Boys Go To Heaven mengisahkan Yasser (Beto Kusyairy) seorang bapa yang melalui detik paling gelap dalam hidup apabila anak lelakinya, Ahyan dilaporkan hilang sebelum ditemui meninggal dunia dalam keadaan tragis.
Good Boys Go To Heaven sudah pun mula ditayangkan dan akan menemui penonton setiap Jumaat jam 9 malam di Astro Citra, selain boleh distrim lebih awal menerusi Astro GO serta aplikasi Sooka bermula 12 tengah malam.