Skip to main content

Rancangan Realiti

Mualim Muda: Pak Ya Puji Sikap Matang & Rendah Diri Mualim Muda - “Selalunya Orang Yang Berilmu Ini Akan Berfikir Sebelum Berkata-Kata…”

Pak Ya puji Mualim Muda

Sekilas

  • Pelawak Pak Ya Senario memuji sikap rendah diri dan matang peserta Mualim Muda walaupun masih muda.
  • Mualim Muda akan memasuki suku akhir dengan cabaran debat realiti, manakala program disiarkan di Astro Oasis dan Astro Prima serta boleh distrim di Astro GO dan sooka.

Pelawak, Ilya atau lebih dikenali sebagai Pak Ya Senario, meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian para peserta Mualim Muda ketika dia hadir sebagai tetamu jemputan program realiti berkenaan minggu lalu.

Menurut Pak Ya atau nama sebenarnya Ilya Buang, 59, kesemua peserta yang terlibat mempamerkan sikap merendah diri serta matang meskipun masih muda.

“Saya nampak kesemua Mualim Muda ini semuanya masih muda, jiwa tengah bergelora. Biasanya orang berilmu ini dia tidak menunjukkan kerakusannya untuk berkata-kata.

“Selalunya orang yang berilmu ini juga akan berfikir sebelum berkata-kata dan saya lihat mereka ini sangat merendah diri orangnya,” katanya kepada Gempak.

Mengimbas pertemuan pertama ketika sesi fotografi, Pak Ya mengakui pada awalnya dia tidak mengenali para Mualim Muda berkenaan, namun sikap mereka yang penuh adab meninggalkan kesan mendalam pada dirinya.

“Masa mula-mula saya jumpa mereka ketika sesi fotografi, saya tertanya tanya juga mereka ini siapa, dan bila mereka tengok saya, mereka teruja tetapi masih lagi dalam keadaan merendah diri.

“Mereka bersalaman, menghormati orang, itulah apa yang saya nampak pada mereka ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pak Ya juga turut berkongsi pengalaman bergandingan dengan salah seorang peserta Mualim Muda iaitu Anas minggu lalu bagi tema Hiburan Mengikut Syariat.

Jelas Pak Ya, Anas tidak pernah meminta dipanggil dengan gelaran ustaz sebaliknya sentiasa merendah diri dan menunjukkan rasa hormat sepanjang bersama.

“Saya tidak menyangka gandingan saya ketika itu seorang yang pandai agama, kiranya lebih kurang seperti ustaz dan juga Mutawif.

“Tetapi dia langsung tidak menceritakan tentang diri dia siapa dan saya memanggilnya Anas, tidak dengan gelaran ustaz, rupanya dia seorang yang berilmu serta sangat menghormati saya.

“Jadi saya rasa dia merupakan antara Mualim Muda yang boleh pergi jauh, kalau tidak juara mungkin ke final, insya-Allah,” jelasnya.

Minggu lalu menyaksikan Mualim Muda Ashraf berada dikedudukan terakhir dengan markah sebanyak 64.00 peratus.

Bagaimanapun Mualim Muda Ashraf menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan dan semua peserta layak ke suku akhir.

Mualim Muda Ashraf membawakan topik berjudul Paranormal bergandingan bersama tetamu jemputan iaitu pelawak, Joey Daud.

Turut berada di tangga dua terbawah adalah Mualim Muda Shamsul dengan markah sebanyak 71.67 peratus.

Sementara itu, Mualim Muda Amar pula sekali lagi berada ditangga pertama dengan markah sebanyak 77.67 peratus.

Selain itu, Amar juga  berjaya membawa pulang Anugerah Bintang Inspirasi Apcel Cafe dan memenangi wang tunai berjumlah RM1000. 

Untuk minggu suku akhir , Mualim Muda yang masih kekal akan dicabar dengan tema ‘Debat Realiti’ di mana mereka akan digandingkan dengan alimni bintang realiti Pencetus Ummah dan Imam Muda.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin dan juga pelakon, Neelofa sebagai juri program. 

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta. 
 
Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi sesi uji bakat.
 
Mualim Muda yang dipilih adalah Iddin, 28, Zaimi, 22, Izzat, 34, Luqman, 29, Anas, 35, Ashraf, 28, Shamsul, 25, Iman, 25, Saad, 28, dan Amar, 31.
 
Antara tugasan teras dalam Mualim Muda ialah kebolehan menyampaikan tazkirah dengan berkesan berdasarkan pengetahuan agama, kemahiran kepimpinan, dan komunikasi.
 
Mualim Muda bakal bersiaran secara serentak mulai 19 Disember, jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta turut boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka. 
 
Program ini boleh strim program ini secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. 

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. 
 

Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini


 


 

Must-Watch Video

Advertisement