Skip to main content

Hiburan

Individu Kongsi Momen Tak Disangka, Terkejut Dapat Pemandu E-Hailing Yang Rupa-Rupanya...

ASTROGEMPAK Karamjit

Sekilas

  • Seorang pengguna TikTok berkongsi pengalaman mengejutkan apabila pemandu e-hailing yang mengambilnya adalah Karamjit Singh, pelumba rali profesional terkenal Malaysia.
  • Mereka berbual panjang tentang pengalaman Karamjit dalam dunia permotoran dan individu tersebut baru sedar siapa pemandunya selepas mencari namanya di Google.
  • Karamjit Singh adalah subjek filem 'TERBANG' yang akan ditayangkan tahun ini, dan filem itu diinspirasikan daripada perjalanan hidupnya sebagai juara dunia pelumba rali.

Perkongsian seorang individu di TikTok mengenai pengalaman pulang ke rumah selepas menghadiri kelas memandu mencuri perhatian wargamaya.

 

Individu yang menggunakan akaun Miqayelll berkongsi detik tidak disangka apabila pemandu e-hailing yang mengambilnya rupa-rupanya seorang figura besar dalam dunia sukan permotoran sebagai pelumba rali profesional iaitu Karamjit Singh.

 

“Sejujurnya saya tak kenal siapa beliau pada mulanya. Hari itu memang meletihkan, saya baru sahaja selesai kelas lesen memandu dalam keadaan demam.

 

“Saya pulang ke rumah dengan Grab dan sempat berbual dengan pemandu tersebut. Saya tanya tentang keretanya kerana nampak baru. Dia memandu Saga dan beritahu sudah setahun membelinya,” kongsinya.

 

Tambahnya lagi, perbualan santai itu bertukar mengejutkan apabila pemandu berkenaan meminta dirinya mencari nama di Google.

 

“Di situlah saya mula terkejut… rupanya beliau ialah Karamjit Singh, pemandu Asia pertama yang memenangi Kejohanan Dunia Kereta Produksi FIA pada tahun 2002.

 

“Selepas itu kami mula berbual panjang, beliau berkongsi pengalaman, bagaimana beliau bermula dalam bidang tersebut dan turut menunjukkan rakaman lama,” ujarnya.

 

Menurutnya, dia kemudian berkongsi perkara itu dengan bapanya yang ternyata cukup mengenali figura legenda tersebut.

 

“Saya beritahu ayah saya, terus dia kata ‘legend tu, dulu bawa Satria terbang-terbang’. Memang tak sangka dapat jumpa beliau secara depan-depan,” katanya. 

 

Dalam pada itu, individu tersebut juga berkata dia tidak sangka akan bertemu dengan figura sebenar yang menjadi subjek dalam filem TERBANG yang bakal ditayangkan tahun ini. 

 

“Beliau sangat merendah diri, harap dapat jumpa lagi. Malah ada filem bertajuk ‘TERBANG’ mengenai beliau yang akan ditayangkan tahun ini. Saya nampak poster oleh Astro Shaw, tapi tak sangka satu hari nanti orang sebenar yang jadi subjek filem itu sendiri hantar saya pulang,” katanya lagi.

 

Untuk rekod, TERBANG diinspirasikan daripada perjalanan hidup Karamjit Singh sebagai juara dunia pelumba rali negara dan wataknya dipegang oleh pelakon Irfan Zaini. 

 

Filem arahan Chiu Keng Guan itu turut dibintangi Jack Tan, Zizan Razak, Nam Ron, Diana Danielle dan Qasrina Karim.

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Advertisement