Skip to main content

Hiburan

Individu Sedih Dapat Tahu Bekas Kekasih Bakal Berkahwin, Hafreez Adam Titip Pesan - “Kalau Masih Ada Rasa Cinta, Doakan…”

Hafreez Adam

Sekilas

  • Pelakon Hafreez Adam menasihati seorang pemuda yang sedih kerana bekas kekasihnya bakal berkahwin supaya mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya.
  • Hafreez mengingatkan bahawa melepaskan seseorang demi kebahagiaannya adalah cara terbaik untuk menunjukkan cinta.
  • Beliau juga menasihatkan pemuda itu supaya terus melangkah ke hadapan dan fokus pada diri sendiri untuk pertumbuhan peribadi.

Pelakon, Hafreez Adam menitipkan kata-kata semangat buat seorang individu yang meluahkan rasa sedih apabila mengetahui bekas kekasihnya bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Menerusi Threads, Hafreez atau nama lengkapnya Hafreez Adam Aizat Zahalan menasihati pemuda itu agar mendoakan bekas kekasihnya kerana itu adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan.

“Kalau masih ada rasa cinta tu, doakan kebahagiaan dia. Kadang kadang, cara menyintai seseorang itu adalah melepaskan dia pada kebahagiaan dia,” luahnya.

Hafreez berkongsi komen tersebut di hantaran seorang individu yang berkongsi rasa lesu apabila mendapat tahu tentang berita itu.

Dalam masa sama, Hafreez turut menasihatkan individu tersebut agar terus melangkah ke hadapan dan memberi fokus terhadap diri sendiri.

“And you bro, melangkah sahaja ke hadapan. It’s about time to focus on yourself and growth. Mungkin sakit sekarang, but it’ll get better in time,” luahnya lagi.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan nasihat yang diberikan Hafreez.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement