Skip to main content

Selebriti

Ada Yang ‘Meroyan’ Tak Puas Hati Dengan PGL, Jasper Supayah Beri Pendapat - “Rezeki Masing-Masing…”

Jasper komen PGL

Sekilas

  • Pelakon Jasper Supayah berkongsi pandangan tentang sesi uji bakat Puteri Gunung Ledang The Musical, menegaskan pemilihan pelakon tidak perlu dipertikaikan kerana rezeki dan perjalanan seni setiap individu berbeza.
  • Jasper menasihatkan mereka yang tidak berjaya dalam uji bakat supaya tidak kecewa kerana peluang dalam industri hiburan sentiasa terbuka luas.
  • Jasper juga menjelaskan sebab tidak menghadiri uji bakat tersebut kerana memahami perbezaan antara dunia teater dan layar perak serta memilih masa dan ruang yang sesuai untuk dirinya.

Pelakon, Jasper Supayah berkongsi pandangannya susulan isu hangat mengenai sesi uji bakat pementasan Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical yang mendapat perhatian ramai dan juga penggiat seni tanah air.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Jasper berkata pemilihan pelakon tidak seharusnya dijadikan pertikaian memandangkan setiap individu mempunyai rezeki dan perjalanan seni yang berbeza.

Menurut Jasper, mereka yang tidak berjaya dalam sesi uji bakat juga tidak perlu terlalu kecewa kerana peluang dalam industri hiburan sentiasa terbuka luas.

“Okay jadi semua orang pergi audition PGL yang tak dapat meroyan, yang dapat dah mula latihan kot.

“Tapi hakikatnya… adakah anda benar-benar layak membawa watak puteri? Atau cuma sukakan gelaran ‘puteri dan pahlawan’ itu?

“Tidak mengapa. Rezeki masing-masing. Kalau bukan sekarang, mungkin lain kali. Dunia seni ini panjang,” coretnya.

Dalam pada itu, Jasper turut menjelaskan sebab dirinya tidak menghadiri sesi uji bakat tersebut meskipun ada rakan-rakan yang menggesanya untuk mencuba nasib.

Kata Jasper, keputusan itu dibuat bukan kerana tidak berminat, sebaliknya dia memahami perbezaan antara dunia teater dan layar perak.

“Kepada kawan-kawan yang beri menggesa Jas pergi audition dan marah sebab Jas tak pergi, bukan tak nak pergi.

“Jas cuma tahu perbezaan dari segi pengaruh, pasaran dan waktu yang sesuai. Teater dan layar perak adalah dua dunia yang berbeza.

“Bukan semua orang perlu masuk ke setiap ruang semata-mata untuk membuktikan sesuatu.

“Kadang-kadang ukur baju di badan sendiri itu bukan tanda tidak yakin, tetapi satu kebijaksanaan,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

PREMIUM BOOTCUT Jeans Pant for Women's High Quality [Ready Stock] Fast Shipping Size 26-48

PREMIUM BOOTCUT Jeans Pant for Women's High Quality [Ready Stock] Fast Shipping Size 26-48

ROOFLESS Baju Renang Lelaki Dewasa Swimming Suit Man Baju Mandi Seluar Renang Seluar Mandi Swimsuit Man Baju Swimming

ROOFLESS Baju Renang Lelaki Dewasa Swimming Suit Man Baju Mandi Seluar Renang Seluar Mandi Swimsuit Man Baju Swimming

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

《Mega Deal》Cotton Bra Women Size36~44BC- Baju Dalam Wanita Soft Non Wired Bra Wireless Tiada Besi

[SILKELLE][2pack Offer] Lifting Push Up Bra - Anti-Sag Accessory Breast, Non-Marking Fix Cup

[SILKELLE][2pack Offer] Lifting Push Up Bra - Anti-Sag Accessory Breast, Non-Marking Fix Cup

CLAHSE Wide Leg Jeans Loose Plus Size Fashion High Waist Wanita Denim Bootcut Jeans

CLAHSE Wide Leg Jeans Loose Plus Size Fashion High Waist Wanita Denim Bootcut Jeans

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

KATUN RUFFLE RIBBON SKIRT 01 | Ribbon Skirt | Simple, Long, and Trendy Cotton Women's Skirt

Advertisement