Skip to main content

Hiburan

Meski Bersyarat, Yonnyboii Teruja Dapat Jumpa & Borak Dengan Malique Depan-Depan - “Kena Sign Perjanjian, Tak Boleh…”

Yonnyboii

Sekilas

  • Yonnyboii berpeluang berjumpa dengan Malique selepas rakaman lagu ‘Tanya Tuhan’ walaupun perlu patuhi beberapa syarat ketat seperti tidak boleh bergambar dan membawa kenalan.
  • Dalam pertemuan itu, Yonnyboii mendapat banyak nasihat berguna daripada Malique tentang dunia muzik dan pentingnya buat karya ikut hati sendiri tanpa terlalu peduli kata orang.
  • Yonnyboii baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul INFINITI (KAMI UP) bersama Kidd Santhe, yang merupakan ciptaan Malique.

Meskipun perlu mematuhi beberapa syarat, itu tidak menghalang penyanyi, Yonnyboii untuk berjumpa dengan komposer dan penyanyi rap terkenal, Malique.

Malah, pemilik nama Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin ini berasa terharu dan menyifatkan pertemuan itu bagai mimpi menjadi realiti.

“Saya berjumpa dengan dia selepas kami selesai dengan rakaman lagu ‘Tanya Tuhan’. Dia cuma ajak saya berjumpa dan borak santai di studio dia.

“Saya jadi starstruck sebab dia merupakan seorang penyanyi rap yang dari kecil saya dengar karya-karya dia.

“Bila berjumpa dengan Malique sampaikan nak berborak dengan dia pun susah. Dia yang banyak berborak dengan saya sebenarnya.

“Cuma rasa seronok bila berjumpa dengan dia. Dapat tengok yang dia masih sihat dan kacak macam dulu. Macam mana kita tengok dalam gambar, macam tulah dia bila tengok depan-depan,” katanya kepada Gempak.

Tambah Yonny, meskipun hanya berjumpa selama beberapa jam namun, banyak ilmu yang diperolehinya.

Malah, Yonny juga menyifatkan Malique sebagai seorang anak seni yang tidak ‘fake’.

“Dia kongsi dengan saya banyak perkara seperti apa yang saya patut berhati-hati, apa yang patut saya buat.

“Antara nasihat dia ialah dalam muzik, jangan dengar apa orang cakap, kita buat hal kita saja. Benda itu simple tapi ada betulnya.

“Bila kita hasilkan karya mungkin ada yang suka dan ada yang tak suka sebab cita rasa orang lain-lain jadi memang susah nak beri apa yang orang nak.

“Banyak lagi dia beri nasihat kepada saya dan saya anggap ianya satu rezeki buat saya berjumpa dan belajar daripada dia,” katanya lagi.

Ditanya mengenai syarat yang dikenakan, pelantun lagu ‘Sakit’ ini berkongsi bahawa dia perlu menandatangani perjanjian memenuhi beberapa perkara seperti tidak boleh membawa kenalan dan tidak boleh bergambar bersama Malique.

“Ada agreement yang perlu ditandatangani. Antara syarat bila nak jumpa dengan Malique ialah tak boleh bergambar, tak boleh kongsi lokasi sesuka hati.

“Selain itu saya tak boleh nak bawa orang lain bersama kalau berjumpa dengan dia.

“Mungkin sebab dia dah lama ‘berkurung’ tapi walaupun ada syarat, Malique tetap peramah dan friendly. Dia nak bercakap dengan orang,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Yonnyboii baru sahaja melancarkan lagu baharunya bersama penyanyi rap, Kidd Santhe yang berjudul INFINITI (KAMI UP) yang merupakan lagu ciptaan daripada Malique.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Must-Watch Video

Advertisement