Skip to main content

Hiburan

Meriah! Wani Kayrie Buat Kejutan Untuk Pelajar Human Graphic Di Majlis Apresiasi Semarak Merdeka

Wanie Kayrie

Penyanyi Wani Kayrie mencetuskan kejutan dalam kalangan penonton apabila mempersembahkan lagu Cak Cak Cekuk pada Majlis Apresiasi Semarak Merdeka di IDCC Ideal Convention Centre, Shah Alam baru-baru ini.

Lebih istimewa, sekitar 3,000 pelajar yang terlibat sebagai ‘human graphic’ pada sambutan Hari Kemerdekaan 2025 dua bulan lalu turut hadir pada majlis berkenaan.

Advertisement

Usai persembahan, Wani yang ditemui berkata, dia berasa bangga dan terharu dapat bertemu semula dengan para pelajar yang menjadi sebahagian daripada persembahan penuh makna tempoh hari.

“Saya sangat tersentuh melihat semangat mereka. Walaupun muda, semangat cintakan negara mereka sangat luar biasa.

“Hari ini saya datang bukan sebagai artis, tetapi sebagai kakak yang ingin mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, guru pengiring, dan pihak penganjur terima kasih,” ujar Wani.

Sepanjang persembahan, para pelajar yang hadir turut sama menyanyikan lagu Cak Cak Cekuk bersama Wani.

Selain menyanyi, Wani turut beramah mesra dan bergambar bersama pelajar.

Dalam masa sama, Wani juga berpendapat penganjuran majlis penghargaan yang julung kali diadakan ini sangat menarik dengan adanya permainan interaktif, reruai yang menarik dan pemberian pelbagai cenderamata kepada anak-anak KPM.

“Majlis ini bagi saya sangat bermakna untuk mereka yang terlibat.

“Saya rasa, majlis yang meriah ini perlu diteruskan setiap tahun sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan bakat seni dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya lagi.
 

Must-Watch Video

Advertisement