Skip to main content

Hiburan

Kes Tipu Tanah RM1.5 Juta, Pelakon Drama Nur & Suami Ditahan Reman - “Tulis Apa Yang Betul Ya”

Pelakon Wanita Ditahan

Sekilas

  • Pelakon wanita popular drama Nur dan suaminya ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes penipuan urusan jual beli tanah kurnia bernilai RM1.5 juta.
  • Pasangan itu dipercayai menipu seorang lelaki berusia 56 tahun yang menjalankan perniagaan pembangunan hartanah dengan menggunakan akaun bank keluarga mereka untuk transaksi.
  • Mereka ditahan di sebuah premis di Hulu Langat dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan penipuan.

Pelakon wanita yang popular menerusi drama Nur ditahan reman bersama suaminya bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban iaitu Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, pasangan suami isteri itu dibawa ke Mahkamah Majistret di Seremban bagi permohonan reman yang kemudiannya dibenarkan untuk ditahan selama tiga hari.

“Susulan satu laporan polis berkait kes penipuan yang dibuat di daerah ini, polis menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 40-an dan 30-an di tempat persembunyian mereka dibenarkan untuk ditahan sebuah premis di Hulu Langat, Selangor.

“Pasangan ini ditahan di sebuah premis di Hulu Langat, Selangor. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Mengulas mengenai kes, Azahar memaklumkan bahawa mangsa merupakan seorang lelaki yang berusia 56 tahun yang sebelum ini menjalankan perniagaan pembangunan hartanah.

Beliau berkata, suspek memberikan akaun bank bapanya serta akaun bank isterinya bagi menerima bayaran transaksi untuk proses mendapatkan lot tanah yang dijanjikan sebanyak RM1.5 juta.

"Mangsa disyaki ditipu rakannya dalam urusan untuk mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor.

"Pengadu menyatakan sebelum ini pada 21 September 2023 ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mendapatkan beberapa lot tanah di Selangor yang terletak di bawah mukim Cheras yang mana sebelum ini dijanjikan akan mendapat tanah berstatus kurniaan kerajaan negeri Selangor.

"Pengadu mula berurusan dengan suspek dan membuat sebanyak beberapa kali transaksi," katanya.

Sementara itu, pelakon wanita difahamkan sempat memberikan sedikit komen ketika dia dan suami diiringi ke mahkamah.

"Nanti tulis apa yang betul ya, tak sahih cerita jangan tulis. Terima kasih,” pesannya ringkas.

Terdahulu, seorang usahawan produk kecantikan mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan seorang pelakon wanita bersama suaminya sehingga menyebabkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Dakwa wanita itu lagi, ini bukanlah kali pertama pelakon tersebut terlibat dengan kes penipuan bahkan beberapa laporan polis sudah dibuat.

Pada Rabu, pasangan itu ditahan di tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Must-Watch Video

Advertisement