Skip to main content

Hiburan

Nabila Huda Tidak Lagi Rindu, Memilih Untuk Reda & ‘Move On’ - “Sebagai Ketua Keluarga & Ayah, Dia Yang Perlu Selesaikan…”

ASTROGEMPAK Nabila Huda

Sekilas

  • Nabila Huda berkata bapanya, Datuk Amy Search, adalah individu paling sesuai untuk menyelesaikan kemelut keluarga yang berpanjangan.
  • Pelakon itu kini memilih untuk memberi ruang kepada diri sendiri dan fokus pada kehidupan sederhana bersama keluarga kecilnya sambil terus berdoa untuk kebahagiaan.
  • Nabila juga bakal muncul dalam drama Viu Original berjudul Cela, bergandingan dengan Hun Haqeem.

Pelakon Nabila Huda berkata individu paling tepat untuk menyelesaikan kemelut yang sudah lama berpanjangan adalah bapanya sendiri iaitu legenda rock tanah air, Datuk Amy Search.

 

Nabila menganggap soal perdamaian bukan lagi berada di tangannya memandangkan dia sudah berkali-kali berusaha dan memberikan penjelasan sebelum ini. 

 

“Soal untuk berbaik atau mencari jalan penyelesaian, saya rasa lebih baik tanya pihak sana. Saya sudah banyak kali jawab soalan ini. 

 

“Setakat ini memang tiada jalan penyelesaian. Mungkin sebagai ketua keluarga dan seorang ayah, dia yang perlu selesaikan apa yang patut diselesaikan,” katanya kepada Gempak. 

 

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada majlis Together Gahter anjuran Viu Malaysia yang diadakan di Serai Hall, KLGCC Mall, Kuala Lumpur, pada Rabu.

 

Bercerita lanjut, pelakon filem Telaga Suriram itu mengakui sukar untuk membayangkan keadaan jika dia berada di posisi seorang bapa yang terpisah daripada anak.

 

“Kalau saya berada di tempatnya, kehilangan anak dan tidak dapat berjumpa, saya sendiri tak mampu teruskan hidup seperti biasa.

 

“Saya takkan gembira, kerana itu darah daging saya. Tapi saya tak tahu apa yang dia rasa. Mungkin dia rasa yang sama, cuma tak tahu bagaimana untuk bertindak,” ujarnya. 

 

Menurut Nabila lagi, walaupun perasaan rindu itu masih ada, dia kini memilih untuk memberi ruang kepada diri sendiri dan perlahan-lahan melepaskan segala rasa yang membebankan emosi.

 

“Untuk Ramadan kali ini, saya sudah tidak merindui sesiapa. Saya dah move forward. Rindu yang pernah saya luahkan sebelum ini di media sosial memang betul-betul rindu pada waktu itu.

 

“Ada perkara yang saya ternampak dan ia ‘trigger’ perasaan tersebut. Tetapi saya sudah pun move on. Saya dah penat berfikir dan bercakap tentang perkara sama berulang kali.

 

“Namun, tidak salah kalau sekali-sekala saya terasa. Saya manusia biasa, ada perasaan. Kalau saya sedih, saya sedih. Kalau saya marah, saya marah. Kalau saya gembira, saya gembira.

 

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia kini lebih selesa memberi fokus kepada kehidupan sederhana bersama keluarga kecilnya.

 

“Sekarang saya bahagia dengan kehidupan sederhana saya. Tentang doa pula, memang setiap hari saya berdoa, lebih-lebih lagi ketika Ramadan dan Syawal. Cuma doa saya masih belum dimakbulkan.

 

“Jadi apa yang boleh saya buat hanyalah senyum dan teruskan hidup. Kalau kita berpanjangan dalam kesedihan, kasihan keluarga yang ada di depan mata.

 

“Doa saya cuma satu, supaya hidup saya ini benar-benar bahagia dan lengkap. Sekarang saya bahagia, cuma mungkin ada sedikit kekosongan. Kalau kekosongan itu terisi, mungkin kebahagiaan itu akan jadi berbeza. 

 

“Tapi saya sendiri tak dapat bayangkan kerana ia belum sampai ke tahap itu. Mungkin satu hari nanti ‘puzzle’ itu lengkap, atau mungkin juga tidak.

 

“Kalau kekosongan itu sempat diisi sebelum saya menutup mata, alhamdulillah. Kalau tidak, mungkin kita akan bertemu di kehidupan lain. Saya hanya mampu berdoa,” katanya lagi. 

 

Dalam perkembangan lain, Nabila bakal muncul menerusi drama Viu Original berjudul Cela, bergandingan bersama Hun Haqeem.

Anda mungkin berminat dengan

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Must-Watch Video

Advertisement