Skip to main content

Hiburan

Jep Nafi Wujud Kemelut Dengan Shuib & Mamat - “Kalau Jumpa Boleh Ja Nak Tegur, Duduk & Minum Sekali”

Jep Sepahtu

Sekilas

  • Jep Sepahtu menegaskan tiada masalah atau pergaduhan antara dirinya dengan rakan seperjuangan, Shuib dan Mamat.
  • Jep menjelaskan kenyataannya sebelum ini hanya untuk membetulkan cerita dan bukan untuk mencetuskan perbalahan.
  • Jep sedia bertegur sapa dan memohon maaf jika ada kesilapan yang dilakukan sepanjang hubungan mereka.

Setelah sekian lama, pelawak, Jep Sepahtu akhirnya membuka mulut mengenai hubungannya bersama rakan-rakan seperjuangan iaitu Shuib dan Mamat.

Menerusi rakaman video sesi siaran langsung yang dilakukan Jep, dia menegaskan bahawa tiada sebarang masalah mahupun kemelut yang melanda di antara mereka bertiga.

“Saya tak ada masalah apa pun, cuma untuk saya..saya tak bergaduh. Saya tak ada bermasam muka.

“Cuma tak ada urusan kerja, jadi bila tak berurusan, tidaklah bermakna kami (hubungan) tidak baik.

“Saya pun tak pernah cakap benda-benda yang menyakitkan hati,” kongsi Jep.

Malah, pemilik nama Mohd Nadzri Zainal Abidin ini bersedia bertegur sapa dan meluangkan masa bersama Mamat dan Shuib jika berkesempatan untuk berjumpa.

“Saya tak bergaduh dengan sesiapa..tak bergaduh dengan Shuib ataupun Mamat.
Kalau saya jumpa mereka boleh sahaja nak bertegur, duduk dan minum sekali. Tak ada masalah.

“Buat apa nak bergaduh? Tak pernah terlintas dan tak ada faedah nak bergaduh. Saya lebih suka kepada kedamaian dan ketenangan,” ujarnya.

Mengulas mengenai kenyataan yang dibuat sebelum ini, Jep menjelaskan bahawa ianya dibuat hanya untuk memberikan penjelasan dari pihaknya dan bukanlah untuk mencetuskan perbalahan.

“Apa yang saya katakan sebelum ini cuma pembetulan, untuk apa yang saya rasa tidak betul. Saya pun ada hak untuk bercerita dari pihak saya, itu sahaja.  “Saya tak buat kenyataan untuk mengeruhkan atau memalukan. Tapi kalau saya dengar cerita yang tidak betul saya akan beritahu.

“Adakah apabila saya kata ia tidak betul itu bermakna kami bergaduh? Umur dah 41..saya mana ada buat kenyataan atau buat provokasi cuma buat satu kenyataan untuk membetulkan cerita, itu sahaja,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Jep menzahirkan kata maaf sekiranya dia ada khilaf dan melakukan kesalahan.

“Tapi jika saya ada buat salah, saya minta maaf. Tak malu dan tak hina pun kalau kita dahulu yang meminta maaf.

Sebelum ini, Jep mencuri tumpuan apabila memuat naik hantaran di laman IG meluahkan rasa kecewa berikutan namanya telah digunakan sebagai konten di dalam sebuah podcast pada tahun lalu.

Jep turut kesal dengan tindakan beberapa orang rakan selebriti yang didakwa sengaja meraih perhatian dengan menceritakan tentang perihal dirinya.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Must-Watch Video

Advertisement