Skip to main content

Hiburan

Marsya Q Mahu Berdiri Atas Nama Sendiri, Enggan Bergantung Populariti Ibu

MARSYA Q

Penyanyi, Marsya Q mengakui masih mahu mengekalkan nama pentasnya buat masa ini selepas bergelar juara program Talk To My Manager (TTMM).

Menurut Marsya, meskipun dia sudah membuat keputusan untuk menukar nama namun pengurus yang juga merupakan ibunya, Liza Hanim meminta untuk mengangguhkan hasratnya itu.

“Memang ada sedikit isu tentang pemilihan nama. Marsya sudah pilih nama, tapi mama selalu cakap ‘nantilah dulu’. Jadi Marsya pun belum pasti lagi sebenarnya. Buat masa sekarang, Marsya Q sudah memadai.

“Nama itu penting sebab ia mewakili siapa diri kita. Ia juga membawa imej kita. Kalau orang sudah kenal Marsya Q, itu sudah cukup buat saya,” katanya.

Dalam usaha mengukuhkan lagi jenama Marsya Q tanpa bergantung kepada nama ibunya yang juga dikenali dalam industri seni, Marsya bertekad untuk menonjolkan karya dan keupayaan seni miliknya sendiri.

Tambahnya, selain nyanyian, dia turut merancang untuk meneroka bidang seni lain termasuk kerja di belakang tabir seperti penulisan lagu.

“Saya rasa untuk mengukuhkan nama Marsya, walaupun tanpa guna nama mama, adalah dengan hasilkan karya sendiri. Lagu-lagu dan seni saya. Mungkin bukan nyanyian saja, mungkin juga penulisan lagu atau kerja belakang tabir.

“Projek itu sebenarnya sudah siap, cuma ada beberapa perkara kecil yang perlu diperbetulkan. Sekarang cuma tunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. Insya-Allah, lagu itu adalah ciptaan saya sendiri,” tambahnya. 

Must-Watch Video

Advertisement