Skip to main content

Viral

"Mana Ada!" - Erma Fatima Tegaskan Drama Baharu Bukan Tentang Da’i Syed

Astro Gempak erma  dai syed

Sekilas

  • Erma Fatima menafikan drama terbaharunya, Jangan Panggil Aku Gus, ada kaitan dengan kisah pendakwah selebriti Da’i Syed.
  • Drama ini adalah hasil karya original tanpa inspirasi daripada mana-mana individu dan melibatkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia.
  • Jangan Panggil Aku Gus akan mula ditayangkan di aplikasi Karya Reels bermula 5 Mac ini selepas proses penggambaran yang lancar pada Februari lalu.

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan drama terbaharu arahannya, Jangan Panggil Aku Gus dengan kisah pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, menegaskan bahawa karya tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan individu berkenaan dan tidak diinspirasikan daripada kisah hidup sesiapa.

“Mana ada! Tiada kena-mengena dengan dia (Da'i Syed) pun," ujarnya.

Menurutnya, dia sendiri tidak mengikuti perkembangan kes yang melibatkan individu terbabit, justeru tidak mungkin menghasilkan karya berdasarkan perkara yang tidak diketahuinya secara jelas.

“Apa yang berlaku kepada dia (Da'i Syed) pun, saya sendiri tak tahu kebenarannya.

“Jadi, saya tak reti nak buat benda-benda yang saya tak tahu. Saya pun tak nak menyentuh isu orang yang kita tak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya.

“Itulah maksud saya. Saya tidak menidakkan ataupun mengiyakan,” katanya lagi.

Sebelum ini, terdapat pengguna media sosial yang mendakwa drama tersebut diinspirasikan daripada kisah Da’i Syed yang kini menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita, yang berlaku tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu, Erma turut berkongsi bahawa proses penggambaran drama berkenaan telah berlangsung sekitar Februari lalu dan berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, drama ini gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Saya berharap selepas ini akan lebih banyak lagi drama atau filem yang menggabungkan artis Malaysia-Indonesia.

“Macam satu ketika dahulu filem Gadis Hitam Putih. Lama tak buat usahasama seperti ini,” katanya.

Ditanya mengenai keputusannya kembali mengarah selepas hampir sedekad berehat, Erma menjelaskan perkara itu berlaku secara kebetulan apabila dua pengarah yang pada asalnya dipilih terpaksa menarik diri daripada projek tersebut.

“Masa saya minta Pali Yahya arahkan projek ini, dia tak habis shooting projek lain lagi.

“Pengarah kedua, Raja Mukhriz waktu saya minta arahkan mak dia di hospital sedang nazak. Itu dua orang calon saya.

“Bila dua-dua tak boleh, saya terpaksa turun dan lagipun, saya nak mengarah filem tak lama lagi (selepas raya). Jadi, ini macam pemanas badan buat saya,” katanya.

Selepas hampir 10 tahun tidak kembali sepenuhnya ke set sebagai pengarah, Erma akhirnya mengambil keputusan untuk mengarah sendiri Jangan Panggil Aku Gus, yang disifatkannya sebagai antara karya paling berani dalam perjalanan seninya.

Drama tersebut turut menampilkan barisan pelakon dari Malaysia dan Indonesia termasuk Bara Valentino, Lukman Sardi, Elina Joerg, Bima Samudera, Anna Jobling, Puteri Sarah, Umie Aida serta Vanida Imran.

Jangan Panggil Aku Gus dijadualkan mula ditayangkan secara rasmi menerusi aplikasi Karya Reels bermula 5 Mac ini.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

KANTAN KURUNG BY HAURABELLE

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Cyxus Polarized Vintage Round Sunglasses

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Kurung Riau Klasik Linen Nude

Must-Watch Video

Advertisement