Skip to main content

Hiburan

Malaysian Host Wanted: Pernah Dilabel Sebagai ‘Alien’, Daniel Cheang Kini Juara! - “Saya Mungkin Serve Mereka Tempoyak Tapi...”

Daniel Cheang

Finalis Malaysian Host Wanted, Daniel Cheang meluahkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai juara program tersebut.

Menurut Daniel, selepas hampir lapan tahun penantian dia tidak menyangka bakal membawa pulang kemenangan tersebut.

“Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini. Sejujurnya, saya tidak sangka ia bakal menjadi milik saya, namun semuanya sudah tertulis. Saya sangat berterima kasih kepada keluarga dan orang yang berada di sekeliling saya sebab banyak memberi sokongan moral untuk saya meneruskan perjalanan saya dalam bidang ini.

“Pernah terbit rasa mahu mengalah, tapi saya buang rasa itu jauh-jauh sebab saya yakin satu hari nanti rezeki saya akan sampai juga. Jadi penantian selama lebih 8 tahun ini benar-benar bermakna buat saya,” katanya kepada Gempak.

Daniel juga mengakui perjalanan dalam industri bukan sesuatu yang mudah.

Sepanjang berada dalam industri, Daniel, yang juga penyampai radio, akui banyak menerima kritikan, malah ada yang melabelkan dia sebagai ‘Alien’ kerana terlalu urban untuk industri seni Melayu. 

“Sejujurnya saya dah cuba macam-macam dalam industri, tapi mungkin belum rezeki saya pada masa itu. Dan saya percaya dengan ‘rezeki tidak salah alamat’, jadi di sini saya sekarang. Kalau nak cakap pasal kata-kata orang macam-macam, saya terima.

“Saya pernah dilabel sebagai terlalu urban dan alien di dalam industri. Ayat tu betul-betul buat saya sedikit terasa, tapi saya tak ambil hati. Saya ambil ia sebagai satu pembakar semangat untuk saya bertahan dalam industri. Saya percaya walaupun saya bawa sesuatu yang urban, tetapi saya tetap terapkan rasa nasi lemak dan mungkin serve mereka tempoyak, cuma ia tempoyak yang mahal,” tambahnya.

Hasil kemenangan tersebut, Daniel, atau nama lengkapnya Daniel Cheang Adenan Cheang, berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi dan menerbitkan satu musim untuk program pilot yang mereka laksanakan.

Menyentuh mengenai perancangan wang kemenangan, Daniel berkata dia sudah mempunyai niat untuk berkongsi rezeki tersebut bersama keluarga dan golongan yang memerlukan.

“Duit kemenangan ini saya sudah berniat untuk berkongsi bersama keluarga saya dan saya juga nak bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Mungkin tidak banyak, tapi saya yakin dengan apa yang ada, saya dapat membantu mereka sedikit sebanyak.

“Selebihnya, saya akan simpan untuk kegunaan masa depan, mungkin untuk program yang bakal saya terbitkan,” ujar Daniel lagi.

Anda mungkin berminat dengan

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement