Skip to main content

Bekas ‘PA’ Dakwa Yusuf Bahrin Tak Bayar Gaji? - “Biasalah, Hidup Ini Kadang Di Atas Kadang Di Bawah”

ASTROGEMPAK Yusuf

Sekilas

  • Berita perceraian Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana hangat diperkatakan, dengan spekulasi punca melibatkan orang ketiga.
  • Yusuf memberi amaran akan ambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah dan berita palsu.
  • Seorang individu dakwa belum terima gaji sebagai bekas pembantu peribadi Yusuf, namun tiada komen lanjut dari pelakon itu setakat ini.

Berita mengenai perceraian aktor Yusuf Bahrin bersama penyanyi Zizi Kirana terus menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

 

Malah, ada juga dakwaan yang mengaitkan punca perceraian pasangan itu dengan kehadiran orang ketiga yang didakwa merupakan seorang aktres.

 

Tidak berdiam diri, Yusuf tampil menerusi ruangan komen hantaran berkenaan dengan menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah dan berita tidak sahih.

 

“Aku dah ada details kau. Kalau kau tak delete posting bodoh kau ni aku akan ambil tindakan undang-undang dan saman,” tegasnya.

 

Namun, perhatian wargamaya kemudian tertumpu kepada satu komen daripada seorang individu yang mendakwa dirinya bekas pembantu peribadi (PA) kepada Yusuf.

 

Menerusi komen tersebut, individu berkenaan mendakwa masih belum menerima bayaran gaji daripada aktor itu sejak beberapa tahun lalu.

 

“Ingat saya lagi bang, saya pernah jadi PA abang beberapa tahun yang lalu… masih ingat gaji saya? Biasalah bang Yusuf, hidup ni kadang di atas, kadang di bawah,” dakwanya.

 

Setakat ini, usaha pihak Gempak untuk mendapatkan pengesahan serta komen lanjut daripada Yusuf masih belum berjaya apabila pelakon itu belum memberikan sebarang respons.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement