Skip to main content

Hiburan

Tak Ada Rezeki Anak Kedua, Isteri Ryan Bakery Alami Keguguran Selepas Sebulan Hamil - "Memang Sedih Tapi..."

Ryan Bakeri

Sambutan syawal buat personaliti media sosial, Ryan Bakery bertukar duka selepas isterinya, Elyia Ibrahim, mengalami keguguran cahaya mata kedua mereka pada Ahad lalu.

Menurut Ryan atau nama lengkapnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery isterinya mengetahui mengenai kehamilan tersebut pada 1 Syawal lalu ketika kandungan itu berusia lebih sebulan.

“Mungkin isteri saya terlalu penat. Berita gembira itu kami terima pada 1 Syawal, tetapi ketika pulang ke kampung di Pahang, isteri tergerak hati untuk ke klinik bagi membuat pemeriksaan kandungan.

“Setibanya di klinik, isteri mengalami pendarahan. Doktor melakukan imbasan, namun kandungan tidak dapat dikesan sebelum kami dirujuk ke Hospital Temerloh. Di situlah kami dimaklumkan isteri mengalami keguguran,” katanya kepada Gempak.

Ryan berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri FYP anjuran Indigitals di LMP Events Hall pada Khamis.

Dalam pada itu, pelantun lagu Raya Yay Yay  itu juga menyifatkan kehilangan tersebut sebagai satu ujian buat mereka sekeluarga.

Namun buat Ryan tumpuannya kini adalah untuk memberi sokongan  emosi buat isterinya.

“Saya memang sedih, tetapi kita sebagai lelaki mungkin tidak dapat merasai sepenuhnya apa yang dialami wanita. Tidak wajar untuk berkata ‘sudahlah’ kerana kandungan itu berada dalam tubuhnya.

“Apabila dia beremosi atau menanggung kesakitan, saya perlu kuat. Saya sedih, tetapi isteri saya pasti lebih sedih. Di kampung pun, kadang-kadang dia menangis kerana sudah membuat persiapan seperti membeli susu dan sebagainya,” ujarnya.

Ryan juga  bersyukur keadaan isterinya kini semakin baik dan kembali ceria seperti biasa.

“Dia ada meminta untuk tinggal lebih lama di kampung kerana apabila dikelilingi ramai orang, dia berasa lebih terhibur. Jika bersendirian, dia mudah berasa sedih. Saya juga cuba memujuk dan membawanya keluar.

“Baru-baru ini dia sempat berseloroh, ‘Walaupun tiada rezeki anak kedua, hadiah untuk ibu mengandung tetap kena ada.’ Saya anggap itu sebagai satu petanda positif,” ujarnya.

Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ryan Ezra.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Must-Watch Video

Advertisement