Finalis Malaysian Host Wanted (MHW), Keanu Azman memilih untuk menerbitkan sebuah program kekeluargaan yang menampilkan ibu dan anak menerusi program ‘O Mak Kau’.
O Mak Kau merupakan sebuah rancangan berbentuk bual bicara, yang menampilkan perkongsian hubungan antara ibu dan anak secara lebih mendalam, jujur dan dekat di hati penonton.
Rancangan ini juga membuka ruang perbualan tentang perkara-perkara yang jarang atau tidak pernah dikongsikan secara terbuka, menerusi sesi “heart to heart talk” yang mendalam.
Untuk episod pilot ini, Keanu Azman tampil sebagai pengacara dan akan ditemani oleh dua tetamu undangan istimewa, iaitu selebriti terkenal Sharifah Shahirah bersama anaknya, Auddra Zulkifli. Perbualan mereka merangkumi kisah hubungan kekeluargaan, cabaran sebagai ibu dan anak, serta momen peribadi yang jarang didedahkan kepada umum.
30 minit pertama episod keenam akan memaparkan perjalanan belakang tabir Keanu Azman dalam menerbitkan dan mengacarakan episod pilot O Mak Kau. Segmen ini merakam proses pembangunan idea, persediaan kandungan, cabaran produksi serta tekanan sebenar yang dihadapi oleh seorang finalis dalam membuktikan kredibilitinya sebagai hos dan pencipta kandungan.
Manakala 30 minit seterusnya akan menampilkan tayangan penuh episod pilot O Mak Kau, diikuti sesi tontonan dan penilaian oleh barisan juri.
Episod ini akan disaksikan serta dikritik oleh hos dan juri tetap Sherry Al-Hadad, bersama dua juri profesional berpengalaman industri, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Awal Ashaari, selain rakan-rakan wartawan yang turut memberikan reaksi serta kritikan membina.
Episod ini akan disaksikan dan dikritik secara profesional oleh hos dan juri tetap Sherry Al-Hadad, bersama dua juri berpengalaman industri, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Awal Ashaari, serta rakan-rakan wartawan yang turut memberikan reaksi dan kritikan membina.
Pemenang Malaysian Host Wanted bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, selain peluang membuka laluan kerjaya sebenar sebagai hos di Astro menjadikan rancangan ini platform realistik untuk melahirkan hos berkualiti tinggi yang bersedia menghadapi industri sebenar.
Malaysian Host Wanted bersiaran setiap Khamis jam 11.30 malam di Astro Ria.
Hiburan
Malaysian Host Wanted: Keanu Azman Bawa Sharifah Shahirah & Anak Bongkar Kisah Peribadi Dalam Program ‘O Mak Kau’