Skip to main content

Hiburan

“Lelaki Memang Lambat Matang…” - Yusry Kongsi Perspektif Tentang Perbezaan Usia Dalam Hubungan

ASTROGEMPAK Yusry

Sekilas

  • Datuk Yusry berkongsi pandangan bahawa lelaki biasanya lebih lambat matang berbanding wanita, menyebabkan jurang pemikiran dalam hubungan.
  • Beliau menjelaskan bahawa perbezaan usia yang sesuai membantu lelaki mengejar tahap kematangan wanita, contohnya jarak usia 13 tahun antara dia dan isteri.
  • Perbezaan kematangan ini menjadi kurang ketara apabila pasangan semakin dewasa, memudahkan persefahaman dalam hubungan.

Penyanyi dan pelakon Datuk Yusry berkongsi pandangannya mengenai tahap kematangan lelaki dan wanita dalam hubungan, yang dianggap ada perbezaan.

 

Menurut Yusry, sejak kecil lagi dia menyedari lelaki kebiasaannya lebih lambat matang berbanding wanita, sekali gus menyebabkan wujud jurang dari segi pemikiran.

 

“Dari saya dari kecil dan zaman muda, saya dah tahu... lelaki ni lambat sikit matang. Kalau umur tu sama, perempuan tu lagi matang daripada lelaki tu. 

 

“Memang nak tak nak, kena ada gap yang sesuai supaya lelaki tu catch up dengan perempuan yang pemikiran matang. Saya sendiri dengan Lisa, dengan isteri saya, gap 13 tahun.

 

“Jadi gap 13 tahun tu kalau ikutkan logik, buat kira-kira memang kelakarlah kalau sebab kalau saya umur 19, dia baru 6 tahun. Dah pelik lah,” kongsinya.

 

Tambahnya lagi, perbezaan usia itu bagaimanapun menjadi kurang ketara apabila pasangan semakin meningkat dewasa.

 

“Tapi because as you grow older, then that gap tak rasa pelik sangat and it helps with persefahaman, dengan pemikiran. Sebab lelaki, dia memang lambat matang. 

 

“So kalau umur 20an tu, perangai dia macam belasan tahun lagi. Perempuan cepat matang. So bila umur sama tu agak bahaya untuk satu wavelength la.

 

“Bukan saya cakap tak boleh, ada ramai saja yang pasangan yang lebih kurang dan lelaki tu kena catch up dengan kematangan perempuan tu,” katanya. 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement