Skip to main content

Viral

Lagi Seminggu Nak Majlis, Atiq Azman Jadi Mangsa Scam - "Harapan Isteri Saya Musnah"

Astro Gempak rajaAtiq

Sekilas

  • Pelakon Atiq Azman kecewa selepas hampir ditipu oleh individu menyamar sebagai perancang majlis akikah anak sulungnya yang dijadualkan berlangsung dalam masa seminggu.
  • Atiq telah membuat laporan polis selepas menyedari hampir keseluruhan bayaran majlis telah dibuat kepada penipu yang mengaku mempunyai hubungan dengan individu berpengaruh.
  • Atiq berkongsi pengalaman ini sebagai peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika berurusan dengan perkhidmatan dalam talian.

Pelakon Atiq Azman meluahkan rasa terkilan apabila impiannya untuk menganjurkan majlis akikah bagi anak sulung hampir musnah selepas didakwa menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai perancang majlis.

Menurut Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah, kejadian itu amat mengecewakan memandangkan majlis berkenaan hanya berbaki kira-kira seminggu sahaja lagi untuk dilangsungkan.

“Sepatutnya lagi seminggu ini jadi hari paling bermakna untuk anak saya, majlis akikah dan tahnik yang kami sudah rancang lama.

“Tapi tak sangka, kami kena tipu dengan orang yang mengaku pemilik dewan,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, Atiq telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Difahamkan, individu terbabit dipercayai memperdaya mangsa dengan mendakwa mempunyai hubungan dengan beberapa individu berpengaruh termasuk pembantu peribadi pendakwah terkenal, penyampai radio serta kumpulan marhaban.

Lebih mengejutkan, Atiq memaklumkan bahawa hampir keseluruhan bayaran bagi majlis tersebut telah pun dijelaskan sebelum menyedari perkara sebenar.

“Semua bayaran sudah selesai, cuma tinggal bayaran terakhir sahaja.

“Di media sosial nampak semuanya betul, tapi sebenarnya sampai sekarang masih minta bayaran,” ujarnya.

Bagaimanapun, Atiq tidak mendedahkan jumlah kerugian yang dialami, namun mengakui apa yang lebih menyedihkan adalah impian isterinya yang tidak kesampaian.

“Harapan isteri saya musnah. Sejak dia mengandung lagi dia cari cara untuk hubungi ustaz bagi majlis ini,” katanya.

Dalam masa sama, Atiq menegaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan untuk meraih simpati, sebaliknya sebagai peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berurusan dengan individu yang menawarkan perkhidmatan secara dalam talian.

Anda mungkin berminat dengan

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

INNISFREE Dewy Tint Lip Balm (3.2g)

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

Assojar - Tutur Skirt Batik Viscose Batik Skirt/ Pitutur Raya Series/

Assojar - Tutur Skirt Batik Viscose Batik Skirt/ Pitutur Raya Series/

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must-Watch Video

Advertisement