Skip to main content

Konsert

Konsert Solo Terbesar Sempena Tribute 40 Tahun Dalam Industri, Awie Rock King - Last Man Standing 2026 Bakal Gegar Stadium Merdeka!

Awie konsert

Sekilas

  • Datuk Awie akan mengadakan konsert mega 'Awie Rock King - Last Man Standing 2026' pada September ini, meraikan 40 tahun kerjayanya dalam industri muzik tanah air.
  • Konsert ini menampilkan persembahan solo epik Awie bersama puluhan pemuzik dan penyanyi jemputan dari pelbagai generasi sebagai penghormatan kepada legasinya.
  • Tiket konsert boleh dibeli melalui platform iLasso Tickets dengan harga bermula dari RM98 hingga RM2,998 untuk pakej istimewa.

Legenda rock tanah air, Datuk Awie bakal mengukir satu lagi sejarah menerusi konsert berskala mega, ‘Awie Rock King - Last Man Standing 2026’ yang akan berlangsung pada September depan.

Konsert berskala mega anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media ini akan menampilkan persembahan solo epik Awie yang akan menghimpunkan empat dekad perjalanan kerjayanya sebagai penyanyi dan artis rakaman profesional dalam industri muzik tanah air.

Konsert yang akan bermula jam 8.30 malam ini juga akan menjadi antara persembahan paling bersejarah dalam industri muzik tempatan, menghimpunkan elemen muzik, naratif dan produksi berskala besar di satu pentas ikonik.

Menurut Pengarah Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau Bombay, ini bukan kali pertama dia bekerjasama dengan Awie dalam penganjuran konsert berskala besar.

“Dari era Wings, kemudian ke perjalanan solo Awie, sehingga kembali ke pelbagai fasa evolusi seninya.

“Kami sering bekerjasamadan kolaborasi ini telah membentuk satu keserasian yang kuat dan kukuh dalam meningkatkan taraf dan mutu setiap persembahan konsert yang kami lakukan bersama.

“Tajuk Last Man Standing membawa simbolik kepada perjalanan seni Awie yang penuh keteguhan melalui jatuh bangun, perubahan era serta transisi daripada kumpulan ke solo dan pelbagai fasa dalam industri muzik.

“Dalam apa jua keadaan, beliau tetap berdiri teguh di atas pentas, mempertahankan identiti dan bahasa seninya yang tidak pernah pudar.

Sementara itu, gelaran ‘Rock King’ pula melambangkan sumbangan besar Awie dalam membawa satu era baharu bagi genre rock di Malaysia, sama ada sebagai penyanyi berkumpulan mahupun solo,” jelasnya.

Konsert ini turut menampilkan puluhan pemuzik berkaliber serta himpunan penyanyi undangan popular dan terkemuka.

Ia juga membawa mesej penghargaan sebagai sebuah tribute kepada perjalanan 40 tahun seni Awie.

Penglibatan artis jemputan ini menghimpunkan generasi lama dan baharu, dengan setiap penyanyi akan membawakan karya-karya ikonik Awie sebagai tanda penghormatan terhadap legasinya.

Sebarang pembelian tiket atau maklumat tambahan mengenai kedudukan tiket boleh diperolehi melalui platform iLasso Tickets.


TIKET BERHARGA:

CAT 1 - RM98

CAT 2 - RM148

CAT 3 - RM298

CAT 4 - RM348

CAT 5 - RM398

CAT 6 - RM148

CAT 7 - RM448

CAT 8 - RM648

CAT 9 - RM1198

CAT 10 (Couple Seat) - RM2998

CAT 10 (Table of 4) - RM5998

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

Pazze Chino Pant Stretchable Cotton Slim Fit - Black/Light Olive/Dark Olive/Khaki Brown/Olive Brown/Olive Grey/Dark Grey

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Advertisement