Sekilas
- Pempengaruh Lula Lahfah meninggal dunia di apartmennya di Jakarta Selatan pada usia 26 tahun, ditemui dalam bilik terkunci oleh pengawal keselamatan.
- Pihak berkuasa menolak unsur jenayah dan menemui ubat di tempat kejadian, dengan laporan menyatakan Lula sedang mengalami pelbagai penyakit dan menerima rawatan berkala.
- Kekasihnya, vokalis Weird Genius Reza Arap, membatalkan persembahan malam itu dan perkongsian terakhir Lula di Instagram mendapat tontonan lebih satu juta pengguna.
Pempengaruh Lula Lahfah dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui di atas katil kediamannya di apartmen sekitar Dharmawangsa di Jakarta Selatan sekitar pukul 6.44 petang waktu tempatan.
Lula yang juga merupakan kekasih vokalis Weird Genius, Reza Arap itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 26 tahun oleh pengawal keselamatan, lapor Kompas.
Menerusi laporan media tempatan, mayat Lula ditemui di atas katil dengan bilik yang terkunci selepas ketukan pintu bilik pembantu rumah gagal mendapat respons daripadanya.
“Saat ditemui, badannya telah kaku dan tidak bernyawa di dalam kamar,” ujar wakil pihak berkuasa.
Pihak berkuasa menolak kes tersebut sebagai satu jenayah namun memaklumkan menemui ubat di tempat kejadian. Lula diketahui tidak sihat sebelum ditemui meninggal dunia.
Malah dia sempat menjawab persoalan seorang pengikut di media sosial yang bertanya tentang penyakitnya selepas melihat wanita itu mendapat rawatan dengan mengatakan dirinya sedang menghidapi pelbagai penyakit.
Lula yang juga seorang penyanyi itu turut diketahui menerima rawatan berkala sejak beberapa bulan lalu sehingga awal tahun ini.
Masih terkejut dan berduka dengan pemergiaan kekasihnya, Reza Arap memohon maaf kerana terpaksa membatalkan persembahan Weird Genius pada malam insiden berlaku.
Kini, perkongsian terakhir Lula bersama Reza yang kelihatan sihat di akaun Instagramnya yang memiliki lebih 2.7 juta pengikut, beberapa hari lalu telah ditonton lebih satu juta pengguna media sosial.