Skip to main content

Hiburan

Kaka Azraff Kongsi Pengalaman Solat & Iftar Di Masjid TTDI - “Tempatnya Penuh Tapi Makanan Masih Ada”

ASTROGEMPAK Kaka Azraff

Sekilas

  • Kaka Azraff berkongsi pengalaman berbuka puasa di Masjid At-Taqwa, TTDI bersama anak-anaknya dan berasa seronok walaupun suasana agak penuh.
  • Dia tidak sempat menunaikan solat sunat terawih kerana anaknya menangis selepas terhantuk kepala dengan abangnya.
  • Kaka menyeru orang ramai untuk sentiasa bersangka baik walaupun terdapat dakwaan suasana kurang mesra di masjid tersebut.

Penyanyi, Kaka Azraff berkongsi pengalaman berbuka puasa di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) bersama anak-anaknya, baru-baru ini.

 

Menerusi Threads, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, berkata dia berasa seronok dapat berbuka di masjid tersebut biarpun suasana ketika itu agak penuh dengan jemaah.

 

"Saya berbuka puasa di Masjid TTDI dengan anak-anak. Tempatnya penuh tetapi makanan masih ada, siap dapat lebih.

 

"Pada saya sangat seronok di Masjid TTDI, masjid sejuk, bahagian kanak-kanak ada orang yang tolong jaga,” kongsinya. 

 

Bagaimanapun, penyanyi berusia 36 tahun ini memaklumkan dia tidak berkesempatan menunaikan solat sunat terawih pada malam tersebut susulan insiden kecil membabitkan anaknya.

 

"Tapi saya tak sempat nak terawih, anak saya menangis pula sebab kepalanya terhantuk dengan abang dia,” ujarnya. 

 

Bagaimanapun Kaka berkata setiap individu mungkin mempunyai pengalaman berbeza ketika berada di masjid sama dan menyeru orang ramai agar sentiasa bersangka baik.

 

"Lain orang mungkin lain pengalaman mereka di Masjid TTDI. Kita la yang perlu bersangka baik, itu lebih baik,” katanya. 

 

Terdahulu, Masjid TTDI menjadi bualan hangat di media sosial apabila terdapat dakwaan mengatakan suasana di masjid berkenaan kurang mesra terhadap jemaah luar.

 

Dakwaan itu timbul susulan segelintir pihak mendakwa wujud sikap tidak mengalu-alukan kehadiran orang luar serta semangat asabiyah dalam kalangan masyarakat setempat lantas mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

PUMA Unisex Ascenso Sneakers (White-Gray)

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

Baju Sukan Warna Sekolah/ T Shirt Sukan Warna Sekolah/ T shirt Rumah Sukan/ Baju Rumah Sukan Kuning Merah Biru Hijau

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

READY STOCK WOOHUU Men Outdoor Sneaker Sport Shoes Kasut Sukan Lelaki Sneakers Fashion 562

Must Watch Video

Advertisement