Skip to main content

Hiburan

Jule Pernah Idam Jadi Kekasih Jefri Nichol Sebelum Bergelar Isteri Na Daehoon - “Dia Mahu Tak…”

Jefri Nichol

Sekilas

  • Pelakon Indonesia Jefri Nichol dikaitkan bercinta dengan pempengaruh media sosial Jule selepas gambar mereka berdua di Bali tular.
  • Komen lama Jule di TikTok pada Mac 2021 bertanyakan sama ada Jefri mahu bercinta dengannya, dibuat beberapa bulan sebelum perkahwinannya dengan Na Daehoon.
  • Jule berkahwin dengan Na Daehoon pada Julai 2021 dan bercerai Disember lalu, manakala Jefri sebelum ini dikhabarkan putus cinta dengan pempengaruh Malaysia, Ameera Khan.

Gosip mengenai pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan pempengaruh media sosial, Jule semakin hangat diperkatakan.

Selepas heboh gambar didakwa mereka sedang keluar berdua-duaan di Bali, tular pula satu komen lama yang ditinggalkan Jule di ruangan TikTok Jefri.

Menerusi komen yang ditinggalkan pada 9 Mac 2021 itu, Jule bertanyakan adakah Jefri sudi untuk bercinta dengannya.

“Dia mahu tak (bercinta) ya dengan saya?,” tulis Jule.

Lebih mengejutkan peminat ialah, komen itu dipercayai dibuat Jule hanya beberapa bulan sebelum perkahwinannya dengan bekas suami, Na Daehoon. 

Untuk rekod, Jule bernikah dengan Na Daehoon pada 31 Julai 2021, namun disahkan bercerai pada 30 Disember tahun lalu. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. 

Sementara itu, Jefri sebelum ini dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan pempengaruh Malaysia, Ameera Khan namun hubungan mereka dilaporkan sudah terputus di tengah jalan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Plain t shirt men & women 100% premium cotton unisex round neck baju t shirt lelaki prempuan

Must-Watch Video

Advertisement