Sekilas
- Usahawan dan personaliti media sosial, Jofliam, telah selamat menimang cahaya mata ketiga bersama isteri, Emira Delyati Dewi.
- Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Jofliam di Instagram Stories dengan menyatakan rasa syukur dan memberi bayangan nama anak mereka agak panjang.
- Jofliam mendirikan rumah tangga dengan Emira pada 5 April 2025, selepas berpisah dengan isteri terdahulu, Cik Epal, dengan siapa beliau mempunyai dua anak.
Usahawan dan personaliti media sosial, Jofliam, selamat menimang cahaya mata pertama bersama isterinya, Emira Delyati Dewi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Jofliam menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya.
“Terima kasih Ya Allah,” tulisnya ringkas.
Bagaimanapun, Jofliam tidak berkongsi lanjut mengenai jantina anak ketiganya itu.
Pada masa sama, Jofliam turut memberi bayangan mengenai nama anak mereka yang dikatakan agak panjang.
“Nama kali ini panjang sikit merangkap anak ketiga,” tambahnya.
Terdahulu, Jofliam mendirikan rumah tangga bersama Emira Delyati Dewi pada 5 April 2025.
Untuk rekod, Jofliam sebelum ini pernah berkahwin dengan Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Namun, selepas 10 tahun bersama, pasangan tersebut disahkan berpisah.