Pengarah urusan jenama fesyen Fiziwoo, Izree Kai memberi peringatan mengenai implikasi undang-undang berkaitan penyebaran kenyataan berunsur fitnah di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Izree menjelaskan bahawa tindakan mengambil tangkap layar (screenshot) seseorang berserta kapsyen yang mengandungi dakwaan tidak benar boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.
“Bila seseorang ambil screenshot dan letak kapsyen seperti itu, di bawah undang-undang Malaysia ia adalah satu bentuk fitnah kerana kenyataan tersebut bersifat palsu, mengelirukan dan merendahkan reputasi seseorang,” tulisnya.
Izree turut menegaskan individu tidak boleh berselindung di sebalik alasan ‘sekadar pendapat peribadi’ untuk menghalalkan perbuatan menyebarkan tuduhan yang tidak berasas.
Tambah Izree, setiap perkataan yang ditulis atau dikongsikan di ruang awam membawa tanggungjawab dan kesan tersendiri terutamanya dalam era digital di mana maklumat mudah tersebar.
“Jangan sembunyi di sebalik ayat ‘ini hanya pendapat peribadi’ kerana kita hidup dalam negara yang mempunyai undang-undang. Kenyataan sebegini bersifat berniat jahat, didorong oleh kebencian dan berasaskan fakta palsu,” katanya.
“Jangan sembunyi di sebalik ayat ‘ini hanya pendapat peribadi’ kerana kita hidup dalam negara yang mempunyai undang-undang. Kenyataan sebegini bersifat berniat jahat, didorong oleh kebencian dan berasaskan fakta palsu.
“Setiap kata-kata ada berat dan akibatnya. Marilah kita lebih bertanggungjawab dengan apa yang kita ucapkan atau kongsikan secara terbuka,” ujarnya.
Berikut adalah perkongsian penuh Izree Kai:



Terdahulu, Izree berkongsi mengenai cabaran yang dihadapi oleh pereka fesyen tempatan dalam industri.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut difahamkan telah disalah erti sehingga mengundang kecaman terhadapnya dan Hafizi Woo.