Skip to main content

Hiburan

Belum Ada Hak Bermalam, Kamal Adli Tetap Syukur Uqasha Senrose Mudahkan Urusan Berjumpa Anak - “Mungkin Dia Risau Bila Saya…”

ASTROGEMPAK Kamal Adli

Sekilas

  • Kamal Adli bersyukur bekas isteri, Uqasha Senrose, memudahkan urusan untuk dia meluangkan masa dengan anak mereka, Hawra Uqaira.
  • Walaupun tiada perjanjian hadhanah rasmi, mereka mencapai persefahaman demi kebaikan anak mereka dan Kamal gembira dapat meluangkan masa bersama Hawra.
  • Kamal belum diberi hak bermalam dengan Hawra kerana kekurangan pengalaman menjaga anak, namun dia menghargai peluang untuk bertemu dan menjaga anaknya sebelum waktu tidur.

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa syukur apabila bekas isternya iaitu aktres Uqasha Senrose memudahkan urusan untuk dia meluangkan masa dengan anak perempuannya, Hawra Uqaira. 

 

Meskipun tiada sebarang perjanjian hadhanah secara rasmi, pemilik nama lengkap Ahmad Kamal Ahmad Adli, 42, menyifatkan persefahaman dicapai bersama bekas isteri adalah demi kebaikan anak mereka. 

 

"Kami tiada hadhanah cuma keputusan bersamalah. Tapi macam saya cakap saya gembira sebab Uqasha memudahkan saya untuk jumpa Hawra. 

 

"Dia pun sibuk bekerja semua jadi dia pun mungkin mengharapkan saya ambil juga luangkan masa dengan Hawra. 

 

"Benda yang syok adalah Hawra pun seronok, dia memang suka berjalan. Jadi bila setiap kali saya ambil, dia teruja nampak saya, bersyukur sangat," katanya kepada Gempak. 

 

Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui majlis Viu Together Gather dan Iftar di Dewan Serai, pusat beli belah KLGCC, Kuala Lumpur pada baru-baru ini. 

 

Bagaimanapun, pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu memaklumkan dia belum diberi hak untuk bermalam dengan puteri tunggalnya kerana menyedari akan kekurangan pengalaman menguruskan anaknya. 

 

"Hak bermalam? Buat masa ini tidak lagi sebab saya faham dan tahu mungkin pihak Uqasha risau bila saya takut tiada pengalaman nak jaga dia (Hawra).

 

"Tapi saya tak ada masalah pun, saya cuba faham dan dapat jumpa pun dah bersyukur sangat. Boleh luangkan masa dengan dia sebab masa tidur dia pukul 10 malam, jadi sebelum itu saya dah hantar dia balik," ujarnya. 

 

Sebelum ini, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman. 

 

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

 

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Must-Watch Video

Advertisement