Skip to main content

Hiburan

Siti Nurhaliza Dapat Cucu Baru! Izara Aishah Selamat Bersalin Anak Ketiga

Astrogempak IZARA

Sekilas

  • Pelakon Izara Aisha selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada hari Khamis.
  • Berita gembira itu dikongsi oleh ibu mertuanya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyatakan kegembiraan menerima kehadiran 'princess' baru dalam keluarga.
  • Izara, yang berkahwin dengan Adib Khalid sejak 2017, kini mempunyai tiga anak perempuan termasuk Irisa Alaia dan Amara Amina.

Pelakon, Izara Aishah selamat menimang cahaya mata ketiga  pada Khamis. 

Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu mentuanya yang juga Biduanita Negara, Datuk Seri Nurhaliza. 

“Alhamdulilah, bertambah lagi princess dalam keluarga kami. Masya’allah Tabarakallah,” tulisnya ringkas. 

Bagaimanapun, Siti tidak berkongsi lanjut mengenai butiran Izara dan  bayi tersebut. 

Awal Februari lalu, berita kehamilan Izara dikongsikan menerusi satu hantaran jenama fesyen yang bekerjasama dengannya untuk koleksi Hari Raya. 

Sekadar info, Izara atau nama lengkapnya Izara Aishah Hisham mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid pada 17 November 2017. 

Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina, 2 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement