Skip to main content

Hiburan

Individu Nasihat Wanita Jangan Kahwin Dengan ‘Anak Mak’, Aril Pilus Minta Beri Hujah - “Sebab Nak Capai Engagement, Kau Main…”

Aril Pilus

Perkongsian seorang wargamaya di Threads yang menitipkan pesanan kepada para wanita lain mendapat perhatian penyanyi Aril Pilus. 

 

Menerusi perkongsian tersebut, individu itu menasihati kaum hawa untuk tidak berkahwin dengan lelaki yang digelar ‘anak mak’. 


“Rules nombor satu, jangan kahwin dengan anak mak ya girls!” tulis individu tersebut. 

 

Membalas perkongsian itu, Aril meminta individu itu memberi hujah untuk mengukuhkan kenyataannya yang dianggap hanya sengaja dikongsikan untuk meraih perhatian. 

 

Memahami tujuan sebenar individu tersebut, Aril turut menegaskan semua orang mempunyai seorang sahaja ibu.  


“Bagi la hujahnya kenapa, baru betul kenyataan tu, sebabkan nak capai engagement kau main pukul rata saja semua. 

 

“Mak/ibu/umi ni cuma ada satu saja bagi setiap individu, ‘syurga itu di telapak kaki ibu’ siap ada lagu lagi. Panjang nak tulis bab ibu ni.

 

“Tapi sebab faham sangat tujuan kau, jadi aku perhatikan saja,” komen Aril. 

 

Rata-rata wargamaya turut mengkritik dan tidak bersetuju dengan kenyataan individu tersebut. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement