Skip to main content

Hiburan

Individu Cakap Buruk Fasal Keluarga Dah Minta Maaf, Intan Najuwa Enggan Panjangkan Isu - “Saya Sentiasa Cuba Menjadi Baik...”

Intan Najuwa

Sekilas

  • Datin Intan Najuwa menerima permohonan maaf daripada individu yang bercakap buruk tentang keluarganya dan memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut.
  • Intan menegaskan dia seorang yang bertolak ansur, fokus pada kehidupan sendiri, dan tidak menyimpan dendam terhadap orang lain.
  • Dia juga memberi amaran akan bertindak tegas jika ada yang cuba mengganggu keluarganya serta mengingatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial dengan cara yang betul.

Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu salah seorang individu yang bercakap buruk mengenai dia sekeluarga sudah menghubunginya untuk memohon maaf. 

 

Menghargai permohonaan maaf yang dibuat, Intan berkata dia mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan isu antara mereka. 

 

“Orang itu dah hubungi saya untuk meminta maaf dan saya menghargainya. Memandangkan dia membalas dalam masa 24 jam, saya telah memutuskan untuk tidak memanjangkan isu ini lagi.

 

“Bagi mereka yang benar-benar mengenali saya, saya seorang yang sangat bertolak ansur. Saya tidak mengganggu sesiapa. Saya fokus pada kehidupan saya sendiri. 

 

“Saya sentiasa cuba menjadi baik, suka menolong dan menghormati orang. Saya tidak bercakap buruk tentang orang lain tanpa sebab, dan saya bukan seorang yang menyimpan dendam,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang lain, Intan berkata dia tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak cuba menganggu keluarganya. 

 

“Jika seseorang baik dengan saya, saya akan menjadi lebih baik sebagai balasan. Tapi jika anda memilih untuk mengganggu saya atau mengacaukan keluarga saya, saya akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk melindungi kami dan anda akan menghadapi akibat daripada tindakan anda.

 

“Jadi tolong gunakan media sosial dengan cara yang betul. Jangan menyebarkan negatif atau menyerang orang, kerana anda tidak pernah tahu betapa buruknya ia boleh kembali kepada anda apabila anda terjatuh.

 

“Anda akan belajar apabila realiti melanda. Apa-apa pun, bersangka baiklah. Bercakap perkara yang baik, mereka sentiasa kembali kepada anda,” ujarnya. 

Threads - Intan Najuwa

Must-Watch Video

Advertisement