Skip to main content

Kpop

Ilham Daripada Tahun Kelahiran, Kim Jae Joong Adakan J-Party Asia Tour Fan Concert 'GALAXY 1986' Di Singapura

kim_jaej_joong

Sekilas

  • Kim Jae Joong akan mengadakan konsert solo pertamanya di Singapura bertajuk 2026 J-Party Asia Tour Fan Concert “GALAXY 1986” pada 28 Mac 2026 di Arena @ EXPO.
  • Konsert ini menampilkan lagu popular, sesi interaksi khas dengan peminat, serta barangan eksklusif seperti poster bertandatangan dan kad foto.
  • Jualan pra-tiket bermula 21 Januari 2026 melalui DAMAI dan MAISEAT, manakala jualan umum bermula 22 Januari 2026 melalui semua saluran SISTIC.

Penyanyi, penulis lagu dan pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Jae Joong, bakal mengadakan konsert peminat (fan-con) berjudul 2026 J-Party Asia Tour Fan Concert “GALAXY 1986” di Singapura.

Kim Jae Joong yang memulakan kerjaya seninya pada tahun 2003 dan kemudiannya mencipta kejayaan sebagai artis solo dalam genre rock dan pop, selain aktif dalam bidang lakonan drama serta filem Korea.

Bintang tersohor itu akan membuat persembahan pada Sabtu, 28 Mac 2026 di Arena @ EXPO, Singapura. Konsert (fan-con) ini merupakan konsert solo pertamanya di Singapura dan dijangka menjadi satu pengalaman istimewa buat para peminat.

Konsep “GALAXY 1986” diilhamkan daripada tahun kelahiran Kim Jae Joong, melambangkan perjalanan seni beliau selama 23 tahun serta hubungan erat antara dirinya dan para peminat yang sentiasa saling menyokong sepanjang kerjaya.

Menerusi konsert (fan-con) ini, para peminat boleh menjangkakan senarai lagu pilihan yang menampilkan lagu-lagu popular serta karya kegemaran peminat, sesi interaksi khas bersama peminat seperti Sound Check dan Hi-Bye, poster bertandatangan, kad foto, foto polaroid serta foto berkumpulan, selaras dengan tradisi J-Party serta persembahan yang menggambarkan perkembangan dan kematangan Kim Jae Joong sebagai seorang artis.

Dengan gabungan muzik yang menyentuh perasaan serta persembahan penuh emosi, “GALAXY 1986” dijangka menjadi malam yang bermakna dan sukar dilupakan buat para peminat di Singapura.

Kim Jae Joong terkenal dengan vokal yang kuat serta penyampaian emosi yang mendalam. Antara lagu popularnya termasuk Mine, Just Another Girl dan Love You More, selain karya daripada projek ulang tahun dan Flower Garden.

Album terbaharunya, Beauty in Chaos (album Korea) dan Rhapsody (album Jepun), mencatat kejayaan dengan menduduki carta global selepas dilancarkan.

Dalam bidang lakonan, beliau membintangi beberapa drama terkenal seperti Protect the Boss, Triangle, Spy dan Manhole.

Kini, selepas lebih 22 tahun dalam industri hiburan, Kim Jae Joong turut menguruskan syarikatnya sendiri, iNKODE Entertainment, sambil terus aktif dalam muzik, lakonan dan jelajah konsert.

Maklumat Harga Tiket (SGD):
• VIP: $278
• CAT 1: $248
• CAT 2: $218
• CAT 3: $188
• CAT 4: $148
• CAT 5: $128

(Tidak termasuk yuran tempahan.)

Jualan Pra-Tiket:
21 Januari 2026, 12.00 tengah hari melalui DAMAI dan MAISEAT.

Jualan Umum:
22 Januari 2026, 10.00 pagi melalui semua saluran SISTIC.

Untuk maklumat lanjut, ikuti Sliding Doors Entertainment di Instagram.

Must-Watch Video

Advertisement