Skip to main content

Hiburan

Idan Aedan Kongsi Kejadian Aneh Sebelum Mula Penggambaran Filem ‘Kacau’ - “Saya Bangun Tidur, Tiba-Tiba Tangan Ada Kesan…’

Idan Aedan

Sekilas

  • Pelakon Idan Aedan tidak mengalami sebarang gangguan mistik sepanjang penggambaran filem Kacau, walaupun pernah ada pengalaman mistik semasa persiapan awal.
  • Idan percaya pengalaman ‘ditindih’ yang dialaminya sebelum ini berpunca daripada keletihan dan kurang rehat, tanpa mendapatkan rawatan perubatan.
  • Idan berasa bersyukur dapat bekerjasama dengan Le Mediator Studio dan pengarah Muzzamer Rahman dalam filem ini, serta menganggap skripnya antara yang terbaik pernah dibaca.

Pernah mengalami pengalaman ‘ditindih’ ketika tidur, pelakon Idan Aedan bagaimanapun menegaskan dia tidak berdepan sebarang gangguan seperti itu sepanjang menjalani penggambaran filem Kacau.

 

Menurut Idan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, meskipun tiada kejadian aneh berlaku di lokasi penggambaran, dia mengakui pernah mengalami satu pengalaman yang disifatkan agak mistik ketika sedang membuat persiapan awal untuk filem tersebut.

 

“Alhamdulillah, sepanjang penggambaran untuk filem ini saya tak pernah kena kacau lagi. Mungkin ada orang lain melalui pengalaman itu. 

 

“Cuma masa tengah buat persiapan untuk filem ini, saya ada pergi tengok rumah baru untuk saya pindah, balik dari situ… saya tidur dan bangun tiba-tiba tangan saya ada kesan menumbuk. 

 

“Saya tak ingat waktu itu saya mimpi apa. Itu saja la pengalaman yang saya rasa agak mistik,” katanya kepada Gempak. 

 

Bagaimanapun, Idan melihat pengalaman ‘ditindih’ yang pernah dialaminya sebelum ini dari sudut yang lebih rasional. Menurutnya, kejadian tersebut berkemungkinan berpunca daripada gangguan tidur akibat keletihan melampau dan kurang rehat.

 

“Saya tak ada pergi berubat, sebab keluarga pun jenis yang simple. Saya percaya soal kena tindih itu sebab kurang rehat, bekerja dalam tempoh yang lama,” ujarnya. 

 

Berkongsi lanjut mengenai penglibatannya dalam Kacau, Idan meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi dapat bekerjasama dengan Le Mediator Studio, selain teruja kerana ini merupakan pengalaman pertamanya berlakon di bawah arahan pengarah Muzzamer Rahman.

 

“Sebab utama saya terima untuk filem ini adalah produksi Le Mediator lagi sekali. Ini kali pertama saya bekerja dengan Muzzamer, sebelum ini dia penerbit dan sekarang jadi pengarah. 

 

“Saya sangat bersyukur mereka tawarkan kerja ini kepada saya. Bagi saya, skrip filem ini adalah salah satu skrip yang terbaik pernah saya baca dan dapat. 

 

“Saya kena buat macam ini projek terakhir saya. Secara peribadi, saya tak sasarkan anugerah untuk diri sendiri, tapi untuk filem ini Insya-Allah,” katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement