Sekilas
- Venna Melinda dedahkan cara dia menjaga anak sulungnya, Verrell Bramasta, dengan sangat teliti sejak kecil termasuk memandikan Verrell menggunakan air mineral.
- Verrell dibesarkan dengan banyak larangan seperti tidak dibenarkan bermain hujan, menunggang motosikal, atau bermain benda kotor demi keselamatan dan penjagaan rapi.
- Akibat penjagaan ketat itu, Verrell mengakui sehingga dewasa dia tidak pernah belajar menunggang motosikal kerana larangan ibunya sejak kecil.
Pendedahan aktres Indonesia, Venna Melinda mengenai cara dia menjaga anak sulungnya, artis yang kini merupakan anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia Fraksi Partai Amanat Nasional (PAN), Verrell Bramasta ketika kecil kembali menjadi perhatian ramai.
Perkara tersebut tercetus selepas Verrell turun padang meninjau kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat pada Ahad lalu.
Kehadirannya membantu penduduk membersihkan lumpur bersama Menteri Koordinator Bidang Pangan, Zulkifli Hasan membuatkan warganet kembali memetik semula kisah zaman kecilnya.
Menerusi satu temu bual lama di saluran YouTube Trans TV yang dimuat naik pada Oktober 2022, Venna berkongsi bahawa Verrell dibesarkan dengan penjagaan yang sangat teliti kerana merupakan anak pertama.
Menurut Venna, sejak kecil Verrell dimandikan menggunakan air mineral demi menjaga keselamatannya.
“Kerana Verrell anak pertama, mandi pakai air mineral. Jatuh sikit terus buat EEG (Elektroensefalografi),” katanya.
Venna turut mengakui terlalu melindungi Verrell sehingga tidak membenarkan anaknya bermain kotor atau melakukan aktiviti lasak.
“Terus anaknya ini lutut dia kotor, padahal anak laki. Jadi dia pakai seluar panjang je,” ujarnya.
Sementara itu, Verrell mengesahkan perkara sama dan berkata zaman kanak-kanaknya dipenuhi banyak larangan daripada melakukan aktiviti biasa seperti bermain hujan, menunggang motosikal atau bermain benda-benda yang dianggap kotor.
“Tak boleh hujan-hujanan, tak boleh naik motor, tak boleh main benda yang kotor,” katanya.
Aktor itu turut mendedahkan sehingga dewasa dia tidak pernah belajar menunggang motosikal kerana larangan kuat sejak kecil.
“Jadi saya tidak pernah belajar naik motor karena mama tidak benarkan,” tambahnya,