Skip to main content

Viral

Ibu Jawab Tuduhan Rebut RM77 Juta Milik Mendiang Barbie Tsu Dengan Menantu

barbie_hsu

Sekilas

  • Ibu mendiang Barbie Hsu menafikan dakwaan berebut harta peninggalan bernilai RM77 juta bersama bekas suami, DJ Koo.
  • Dia menegaskan hubungan baik dengan DJ Koo yang dianggap seperti anak sendiri dan menolak sebarang tindakan undang-undang.
  • Kakak Barbie, Dee Hsu, turut menafikan berita fitnah tersebut dan menegaskan DJ Koo adalah sebahagian keluarga mereka.

Ibu mendiang bintang terkenal Taiwan, Barbie Hsu yang meninggal dunia pada Februari tahun lalu, menjawab dakwaan beberapa media tempatan mengenai laporan dirinya dan bekas suami Barbie, Koo Jun Yup atau DJ Koo sedang berebut harta dan aset peninggalan aktres itu.

Dengan tegas, wanita itu menafikan dakwaan pihaknya atau DJ Koo akan membawa kes ke mahkamah untuk menuntut harta peninggalan Barbie yang dianggarkan bernilai sekitar RM77 juta.

Dia menyifatkan berita yang dilaporkan sebagai fitnah dan ‘gila’.

“Saya tidak menyukai proses undang-undang dan tidak mahu menghabiskan masa dengan cara ini.

“Saya menafikan (dakwaan). Koo Jun Yup kini menjadi anak lelaki saya. Dia terlalu sayangkan Barbie Hsu dan sangat menghormati saya. Saya sayangkannya,” ujar ibu aktres itu seperti dilaporkan AllKPop.

Kakak bintang Metoer Garden itu juga, Dee Hsu melahirkan kemarahan menerusi pengurusnya dengan menyifatkan berita yang dilaporkan bersifat jahat.

“Abang ipar saya, DJ Koo mencintai kakak saya dengan setulus hati dan telah membawa kebahagiaan dalam hidupnya. Dia adalah sebahagian keluarga kami dan kami akan sentiasa melindunginya. Kami tidak akan menyakiti dia,” ujar Dee.

Mengikut undang-undang Taiwan, harta bernilai RM77 juta yang ditinggalkan Barbie selepas meninggal dunia sepatutnya dibahagi dua secara adil kepada pihak DJ Koo dan anak-anaknya.

Pada Februari tahun lalu, DJ Koo membuat kenyataan dengan memberi sepenuhnya tanggungjawab terhadap aset Barbie kepada ibu mentuanya.

DJ Koo dan Barbie berkahwin pada 2022 selepas berkenalan lebih 20 tahun. Bintang pujaan ramai itu meninggal dunia pada usia 48 tahun kerana radang paru-paru selepas dijangkiti infleunza sewaktu bercuti ke Jepun.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must-Watch Video

Advertisement