Skip to main content

Hiburan

Hasil Jadi Duta, Syed Saddiq Sumbang Lebih RM250,000 Buat Muar - "Saya Kerja Pagi Malam…Semua Penat Hilang…"

Astro Gempak 557

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mendedahkan lebih RM250,000 hasil pendapatannya sebagai duta produk disalurkan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat di kawasan Muar.
  • Sumbangan tersebut digunakan untuk membantu golongan memerlukan dan pelajar, termasuk pemberian ratusan komputer riba dan ribuan bakul makanan.
  • Syed Saddiq mengakui kerja sebagai duta memerlukan komitmen tinggi, tetapi berasa puas melihat manfaat yang diterima penduduk Muar.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan lebih RM250,000 hasil pendapatannya sebagai duta sebuah produk disalurkan sepenuhnya bagi tujuan kebajikan rakyat di kawasan Parlimen Muar.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Syed Saddiq berkata, sumbangan tersebut telah dimanfaatkan untuk pelbagai inisiatif termasuk membantu golongan memerlukan dan pelajar yang bakal melanjutkan pengajian.

“Sepanjang setahun pertama, lebih RM250,000 disumbangkan sepenuhnya untuk kerja-kerja kebajikan di Muar.

“Daripada sumbangan itu, ratusan komputer riba sampai ke tangan anak-anak Muar.

“Ribuan bakul makanan pula sampai kepada keluarga yang memerlukan,” katanya.

Menurut Syed Saddiq lagi, tanggungjawab sebagai duta jenama bukan sesuatu yang mudah apabila terpaksa membahagikan masa antara tugas rasmi dan komitmen kerja.

“Saya kena kerja pagi malam.

“Shooting. Siaran langsung. Program.

“Penat? Memang penat,” katanya.

Bagaimanapun, segala penat lelah tersebut berbaloi apabila melihat manfaat yang diterima penduduk Muar hasil sumbangan berkenaan.

“Tapi bila saya tengok senyuman anak Muar yang dapat komputer riba pertama mereka sebelum masuk universiti, semua penat itu hilang.

“Terima kasih Kitsui Malaysia dan Bella Astillah,” katanya.

Terdahulu, kerjasama antara Syed Saddiq dan Bella sebagai duta produk berkenaan sering menjadi perhatian ramai, malah pasangan tersebut turut menerima pujian kerana mengaitkan kerjasama komersial mereka dengan aktiviti kebajikan untuk masyarakat.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

ASICS Netburner Shield FF 2 Women Netball Shoes In White/Morganite

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

Plaid Wide Leg Pants Made of Super Soft Foam Lining, Cool for Summer Wear MA689

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

French retro resort style ice silk linen cotton sunscreen shirt women's summer pony embroidery with air conditioning doll cardigan top

Must Watch Video

Advertisement