Sekilas
- Mohd Izary Muhammed Ikhbal atau 'Coach Cerai' mendakwa boleh kenal pasti potensi ketahanan sesebuah pasangan dalam masa lima minit berdasarkan pengalaman menguruskan isu rumah tangga.
- Beliau menjelaskan penilaian itu berdasarkan corak tingkah laku yang berulang dan mengakui ketepatan sekitar 90 peratus, namun bukan mutlak.
- Coach Cerai turut menegaskan bahawa apa yang dipaparkan di media sosial tidak semestinya mencerminkan realiti sebenar hubungan pasangan.
Individu yang dikenali sebagai ‘Coach Cerai’ menyorot perhatian apabila mendakwa dia mampu mengenal pasti sama ada sesebuah pasangan itu berpotensi untuk bertahan lama atau tidak hanya dalam tempoh lima minit.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohd Izary Muhammed Ikhbal ini mengakui penilaian tersebut tidaklah mutlak dan hanya berdasarkan pengalaman dirinya yang berpengalaman menguruskan isu berkaitan rumah tangga.
“Kalau saya jumpa sebuah pasangan dan meluangkan masa bersama mereka selama minit, saya boleh tahu pasangan itu boleh bertahan lama atau tidak.
“Saya hanya perlukan lima minit saja untuk tahu pasangan itu berada dalam perkahwinan yang bahagia atau tidak.
“Tak semestinya betul tetapi ketepatan itu ada dalam 90 peratus. Tapi saya bukannya Tuhan dan saya bukan tilik nasib,” ujarnya.
Tambahnya lagi, penilaian itu juga datang melalui corak tingkah laku yang sering berulang dalam sesebuah hubungan.
“Kenapa saya kata saya boleh tahu sebab dalam setiap perhubungan dan segala-galanya dalam hidup, the resisting is the pattern recognition. Kita boleh perasan perkara itu berlaku,” ujarnya.
Coach Cerai berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu sesi podcast yang dikendalikan ikstudio.
Dalam pada itu, individu berusia 45 tahun ini turut berkongsi beberapa kes yang pernah dikendalikannya.
Izhary berpendapat, setiap apa yang dipaparkan di media sosial tidak mencerminkan realiti sebenar sesebuah perhubungan.
“Saya pernah menguruskan satu kes di mana si suami sangat penyayang di media sosial tapi di belakang dia kaki pukul isteri.
“Ada juga wanita yang tunjukkan dia sangat sayangkan suami tetapi dia ada dua atau tiga orang kekasih lain di luar.
“Jadi jangan kita percaya seratus peratus apa yang kita lihat di media sosial,” katanya.
Sumber: TikTok ikstudio