Skip to main content

Hiburan

Hanya Ingin Kongsi Masakan ‘Homecook’ Dengan Peminat, Nabila Huda Tegaskan ‘Amore In Cucina Tour’ Bukan Bisnes Besar

Astrogempak ABIL

Sekilas

  • Nabila Huda menegaskan Amore in Cucina Tour bukan perniagaan besar, sebaliknya aktiviti kecil yang dibuat atas minat berkongsi masakan dengan peminat.
  • Pelakon itu menegaskan lakonan tetap keutamaan dan projek jelajah masakan ini hanya untuk kepuasan diri serta menghargai penyokong.
  • Nabila kecewa dengan pihak yang bercakap buruk dan mengingatkan supaya tidak cemburu kerana setiap orang ada rezeki masing-masing.

Pelakon, Nabila Huda menolak dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Amore in Cucina Tour merupakan sebuah perniagaan besar.

Jelas, Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil, jelajah itu hanyalah satu aktiviti kecil-kecilan yang dilakukan atas dasar minat serta mahu berkongsi masakannya dengan peminat.

“Okay rasanya saya kena explain sikit sebab makin ramai yang over analyse pasal Amore in Cucina Tour ni.

“First of all, ini bukan bisnes besar, bukan food festival, bukan serious company yang ada huge production team, chef team atau staf berpuluh-puluh orang bagai.

“Ini sememangnya homecook yang masak dekat rumah dan kongsi dengan orang yang nak rasa masakan saya. Tour ini sejujurnya bukan niat utama untuk buat duit,” katanya.

Tambah Nabila, lakonan masih menjadi keutamaan dalam hidupnya dan projek tersebut hanyalah sesuatu yang dilakukan untuk kepuasan diri serta menghargai para penyokongnya.

“Yang kenal saya tahu, selama 42 tahun hidup ini, karier sebagai pelakon tetap nombor satu dalam hidup saya.

“Yang ini pula hanya untuk seronok-seronok. Sesuatu yang ikhlas dari hati sebab saya nak travel jumpa penyokong dan bagi mereka rasa masakan saya sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila juga mengakui kecewa apabila ada pihak yang cuba bercakap buruk mengenainya.

“Saya bukan seorang yang hipokrit. Saya tak perlu fake diri nampak baik, sopan atau lemah lembut konon untuk buat orang sayang dan memuji. Kalau kau tak suka, jangan ambil tahu. Buat muka tak tahu malu nak stalk, lepas itu buruk-burukkan orang.

“Apa punya perangai manusia macam ni. Buanglah perasaan cemburu itu. Setiap orang ada rezeki masing-masing,” tambahnya.

Berikut adalah perkongsian penuh Nabila Huda: 

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Advertisement