Skip to main content

Viral

Guru Matematik Viral Sir Race Lancar Lagu ‘Bah Selamat Hari Raya’, Alyssa Dezek Muncul Cameo! - "Tak Ramai Artis Sabah ..."

Astro Gempak sir race

Sekilas

  • Sir Race, guru matematik terkenal di media sosial, melancarkan lagu raya baharu berjudul Bah Selamat Hari Raya yang menggabungkan muzik tradisional dengan sentuhan pop moden dan pengaruh K Pop.
  • Lagu ini menonjolkan identiti Sabah melalui penggunaan perkataan ikonik "Bah" dan disertai koreografi tarian ringkas yang berpotensi menjadi trend di media sosial seperti TikTok.
  • Lagu dan video muzik rasmi yang menampilkan suasana Aidilfitri meriah serta cameo Alyssa Dezek kini boleh didengari dan ditonton di platform digital termasuk Spotify dan YouTube Sony Music Malaysia Vevo.

Guru Matematik yang terkenal di media sosial, Sir Race, mencipta kejutan sempena Aidilfitri tahun ini apabila tampil dengan lagu raya baharu berjudul Bah Selamat Hari Raya, yang diterbitkan dengan kerjasama Sony Music Malaysia.

Lagu tersebut menggabungkan kemeriahan muzik raya tradisional dengan sentuhan pop moden yang dipengaruhi gaya K Pop, sekali gus memberikan kelainan kepada karya bertemakan sambutan Aidilfitri.

Keistimewaan lagu ini turut terletak pada elemen identiti Sabah yang diketengahkan melalui penggunaan perkataan ikonik “Bah”, yang sangat sinonim dengan pertuturan masyarakat di negeri berkenaan.

Menurut Sir Race, idea untuk menghasilkan lagu tersebut tercetus apabila melihat kurangnya lagu raya yang menampilkan identiti Sabah secara jelas di peringkat nasional.

“Saya perasan tidak ramai artis dari Sabah yang menghasilkan lagu raya yang menonjolkan identiti negeri kami. Jadi saya ambil inisiatif untuk menghasilkan sebuah lagu yang ceria, moden dan pada masa sama mengekalkan elemen Sabahan seperti penggunaan perkataan ‘Bah’ yang cukup dekat dengan masyarakat di sana,” katanya.

Bah Selamat Hari Raya menampilkan konsep muzik yang ceria serta mudah diingati, menjadikannya sesuai dinyanyikan oleh pelbagai lapisan masyarakat sepanjang musim perayaan.

Gabungan elemen muzik raya tradisional dengan sentuhan pop moden serta pengaruh K Pop memberikan karakter tersendiri kepada lagu tersebut.

Keunikan karya ini turut diperkukuhkan dengan koreografi tarian ringkas yang berpotensi menjadi trend atau cabaran di media sosial seperti TikTok, sekali gus membuka ruang kepada peminat untuk turut serta memeriahkan lagu tersebut secara kreatif di platform digital.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Sir Race PTTI (@sir.race)

 

Muzik video rasmi lagu ini menampilkan suasana Aidilfitri yang meriah dengan visual berwarna warni serta elemen kekeluargaan yang kuat.

Lebih menarik, video tersebut turut menampilkan kemunculan istimewa penyanyi dan pelakon muda Alyssa Dezek sebagai cameo.

Dalam masa sama, Sir Race turut mendedikasikan lagu ini khas buat pelajarnya serta komuniti pendidikan yang sentiasa menyokong usaha beliau.

“Lagu ini saya dedikasikan khas buat semua pelajar saya dari Tingkatan satu hingga lima, serta komuniti pelajar dan ibu bapa yang sentiasa menyokong PTTI selama ini. Saya harap lagu ini dapat menggembirakan mereka selepas melalui perjalanan akademik yang mencabar sepanjang tahun,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau berharap Bah Selamat Hari Raya dapat menjadi antara lagu yang menceriakan sambutan Aidilfitri tahun ini serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Lagu Bah Selamat Hari Raya dilancarkan secara rasmi pada 13 Mac 2026 dan kini boleh didengari di semua platform penstriman digital termasuk Spotify. Lagu ini diedarkan oleh Sony Music Malaysia.

Video muzik rasmi lagu tersebut pula boleh ditonton menerusi saluran YouTube Sony Music Malaysia Vevo.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement