Skip to main content

Hollywood

Golden Globes 2026 Kecoh, Bilik Media Terbakar

golden globes

Sekilas

  • Acara Golden Globes 2026 di Beverly Hilton, Los Angeles, mengalami kebakaran di bilik media yang bermula dari kawasan makanan semasa siaran langsung di CBS.
  • Petugas bertindak cepat dengan menarik bidai dan memadamkan api yang merebak ke permaidani di bilik media tersebut.
  • Acara tetap berjalan lancar dengan filem One Battle After Another dan Hamnet menang beberapa kategori utama, manakala drama Adolescence berjaya di platform penstriman.

Acara berprestij Golden Globes 2026 mengalami insiden tidak diingini apabila berlaku kebakaran di bilik media yang disediakan di belakang pentas.

Insiden kebakaran tersebut tercetus sewaktu acara gilang-gemilang itu bersiaran langsung di saluran CBS pada Ahad di Beverly Hilton, Los Angeles, California.

“Ada krisis di bilik media #GoldenGlobes yang bermula dari kawasan makanan,” cuit wartawan The Hollywood Reporter, Chris Gardner di X.

Menerusi rakaman yang tersebar, kebakaran dilihat berlaku di kawasan makanan. Pada masa sama kaki tangan yang bertugas menarik bidai berwarna hitam dan cuba memadamkan api yang menyambar permaidani, lapor US Weekly.

Sementara itu, acara tetap berjalan lancar dengan menyaksikan filem One Battle After Another dan Hamnet mendominasi kemenangan dalam beberapa kategori utama.

Drama Adolescence pula meneruskan kecemerlangan dengan kemenangan menerusi karya yang ditayang di platform penstriman.

Must-Watch Video

Advertisement