Skip to main content

Hiburan

Foto Didakwa Jefri Nichol Di Bali Bersama Jule Tular, Peminat Tak Setuju – “Ex Kau Bukan Kaleng-Kaleng Jeff!”

vvfv

Sekilas

  • Foto yang didakwa memaparkan pempengaruh Indonesia, Jule bersama pelakon Jefri Nichol di Bali kini tular dan menjadi perbualan hangat netizen Malaysia dan Indonesia.
  • Identiti sebenar dalam foto tersebut tidak dapat dipastikan kerana gambar diambil dari jarak jauh, dan tiada kenyataan rasmi daripada Jule atau Jefri Nichol setakat ini.
  • Jule sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi termasuk skandal perselingkuhan dan penceraian dengan suaminya, Na Daehoon, namun tiada pengesahan rasmi mengenai status terkini mereka.

Bukan sahaja menjadi perbualan hangat netizen Indonesia, malah isu melibatkan foto yang didakwa memaparkan pempengaruh Indonesia, Jule bersama pelakon terkenal, Jefri Nichol turut mengundang perhatian netizen di Malaysia.

Menerusi media sosial, ramai netizen Malaysia dilihat sama-sama ‘turun padang’ membincangkan kesahihan foto berkenaan yang kini tular di pelbagai platform termasuk Thread, Instagram dan TikTok.

Menerusi foto yang bertebaran itu, kelihatan seorang wanita berambut perang dari belakang yang dipercayai Jule, manakala seorang lelaki berkaca mata hitam didakwa merupakan Jefri Nichol. 

Malah, terdapat dakwaan mengatakan kedua-duanya sedang bercuti bersama di Bali.

Tidak terhenti di situ, netizen turut mengorek semula komen lama yang pernah ditinggalkan oleh akaun dipercayai milik Jule di TikTok Jefri Nichol pada tahun 2021.

“Dia mahu tak sama saya,” tulis akaun tersebut.

fbdfdf



Bagaimanapun, foto tersebut dirakam dari jarak yang agak jauh sehingga identiti sebenar dua individu dalam gambar itu tidak dapat dipastikan sepenuhnya.

Meski belum ada sebarang pengesahan atau kenyataan rasmi daripada Jule mahupun Jefri Nichol, perkongsian foto berkenaan tetap dibanjiri pelbagai reaksi warganet, termasuk netizen Malaysia yang turut berspekulasi.

“Day 1 jadi selebtok, katanya lagi di Bali sama Jefri Nichol.

“Valid ke gambar ni? Ayo netizen yang di Bali, tunjukkan kekuatanmu.

“Bukan dia kaki curang si jefri nichol ni takde taste ke eh?

“Jeff ex kau bukan kaleng kaleng takkan nak dengan janda anak 3 jefffff
Yang bener aja,” komen beberapa netizen. 

Sebelum ini, Jule juga pernah menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa terpalit dengan skandal perselingkuhan bersama Yuka, yang merupakan kekasih kepada sahabatnya sendiri.

Malah, nama Jule turut hangat diperkatakan apabila dia didakwa berlaku curang meskipun masih berstatus isteri orang. Jule sebelum ini mengaku pernah curang dengan seorang petinju, Sjafrie Ramadhan, yang akhirnya membawa kepada penceraian bersama suaminya, Na Daehoon.

Bagaimanapun, sehingga kini, baik Jule mahupun Na Daehoon masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perceraian mereka.

Untuk rekod, Jule dan Na Daehoon mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan serius dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

Ready Stock Butt Lifter Slimming High Waist Girdle Corset Long Shaper Girdle Pants Plus Size Girdle Shapewear Bengkung

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

READY STOCK🎁WEBEE Combat SWAT Men's Boots Tactical Outdoor Hiking Kasut Operasi Pdrm Askar (No Box)

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

Must-Watch Video

Advertisement