Sekilas
- Fazziq Muqris dan isteri, Sharifah Areeqa, belum merancang untuk mempunyai cahaya mata dan memilih untuk menikmati kehidupan berumah tangga terlebih dahulu.
- Kedua-dua keluarga memahami gaya hidup sibuk Fazziq yang aktif dalam kerja dan sukan.
- Fazziq percaya rezeki anak adalah ketentuan Allah dan mereka masih baru berkahwin sejak tiga minggu lalu.
Penyampai radio Era dana pelakon, Fazziq Muqris mengakui dia dan isterinya, Sharifah Areeqa, belum merancang soal cahaya mata dan memilih untuk menikmati kehidupan berumah tangga terlebih dahulu.
Menerut Fazziq, kedua-dua belah keluarga memahami gaya hidupnya yang sentiasa sibuk dengan kerja dan aktif dalam sukan.
“Ibu, ayah faham saya punya lifestyle, kerja busy. Dia tahu saya aktif dalam sukan.
“Buat masa ini, kami mahu nikmati kehidupan berdua bersama,” katanya ketika ditemui Gempak.
Menurut Fazziq, perancangan soal anak bukan sesuatu yang ingin mereka tetapkan dalam masa terdekat kerana percaya rezeki itu adalah ketentuan Allah.
“Kita tak nak rancang. Benda tu Allah yang tentukan sebab dia yang memberikan kita rezeki.
“Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tak ada, kita just enjoy life first. Sebab kita pun baru tiga minggu berkahwin.
“Jadi, masih jauh perjalanan kami, Insya-Allah doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” ujarnya.
Sebelum ini, Fazziq Muqris selamat bergelar suami kepada pasangannya, Sharifah Areeqa pada hujung November lalu dengan sekali lafaz.
Pada majlis berkenaan, Fazziq menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.
Areeqa merupakan seorang pempengaruh media sosial dan pasangan ini mula berkenalan sejak 2019.
Terdahulu, Fazziq pernah berkongsi foto pra-perkahwinan bersama Areeqa namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti isterinya ketika itu.