Skip to main content

Hiburan

Faye Kusairi Kongsi Cara Bantu Individu Alami Masalah Depresi - “Saya Pernah Melaluinya…”

Astro Gempak 313

Sekilas

  • Pelakon Faye Kusairi berkongsi pengalamannya pernah menghadapi depresi dan menjelaskan faktor trauma sering menjadi punca utama keadaan tersebut.
  • Faye menjelaskan minda yang berada dalam 'survivor mode' menyebabkan sistem pertahanan diri aktif dan emosi menjadi kebas.
  • Dia menegaskan sokongan kecil seperti pelukan dan meluangkan masa bersama boleh memberi kesan besar kepada individu yang berdepan depresi.

Pelakon Faye Kusairi berkongsi pengalaman pernah berdepan depresi selepas menjawab pertanyaan seorang pengguna media sosial mengenai perasaan sebenar individu yang mengalaminya.

Menerusi ruangan komen, Faye tampil berkongsi pandangannya secara terbuka selain menjelaskan antara faktor yang boleh menyumbang kepada keadaan tersebut.

“Bagi saya, saya pernah melaluinya dan saya kenal beberapa orang lain juga. Terdapat banyak faktor, biasanya berkait dengan pengalaman trauma.

“Dan saya tak rasa nasihat agama tak masuk, tetapi mungkin pada ketika itu minda berada dalam ‘survivor mode’. Sistem pertahanan diri akan aktif, sebab itu wujud rasa kebas emosi,” jelasnya.

vd

Tambah Faye, sokongan daripada orang sekeliling walaupun kecil mampu memberi kesan besar kepada individu yang sedang berdepan depresi.

“Ada masanya sokongan itu datang daripada perkara sederhana seperti pelukan, meluangkan masa bersama dalam suasana tenang atau melakukan aktiviti fizikal bersama.

“Apa sahaja yang boleh bantu cipta momen baharu untuk menjauhkan memori buruk atau trauma,” katanya.

Menurutnya lagi, topik berkenaan terlalu panjang untuk dihuraikan secara terperinci, namun dia berharap perkongsian ringkas itu dapat memberi sedikit pemahaman kepada orang ramai.

Anda mungkin berminat dengan

JisuLife Life 5+ Handheld Fan

JisuLife Life 5+ Handheld Fan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

Must-Watch Video

Advertisement