Skip to main content

Hiburan

Ditinggal Dalam Bilik Penuh Perompak, Parang Dekat Leher... Puteri Balqis Dedah Derita Ibu - “Stesen TV Ada Tolak Saya Sebab..."

hhy

Sekilas

  • Pelakon Puteri Balqis memilih untuk tidak lagi memberi komen atau sokongan kepada pempengaruh dan selebriti selepas menerima maklum balas negatif walaupun berniat baik.
  • Beliau mendedahkan pengalaman keluarganya menerima kecaman hebat dan janji bantuan yang tidak ditunaikan ketika menghadapi kes sukar.
  • Balqis menyeru wanita yang mengalami nasib sama agar terus kuat demi anak-anak dan menegaskan pentingnya mencari keadilan tanpa terjebak dengan populariti.

Pelakon Puteri Balqis memutuskan untuk tidak lagi memberi komen atau sokongan kepada mana-mana pempengaruh mahupun selebriti selepas menerima maklum balas negatif walaupun berniat baik.

Menurut Balqis, dia sebelum ini jarang mencampuri urusan orang lain, namun pernah berasa simpati terhadap seorang pempengaruh lalu meninggalkan komen sebagai tanda sokongan.

“Saya ni jarang buat video pasal orang lain sebab, words cannot express how much I do not care. Tapi ada seorang influencer ni saya kesian tengok dia. Saya bagi semangat dekat dia, komen dekat akaun dia tapi saya dapat feedback yang sangat negatif. Saya ada empati,” katanya.

Susulan pengalaman itu, Balqis berkata dia memilih untuk menjauhkan diri daripada sebarang interaksi melibatkan pempengaruh dan selebriti.

“Lepas ni saya tak nak komen dekat influencer mana-mana, selebriti lagilah. Memang tak suka selebriti,” luahnya.

Dalam pada itu, Balqis turut mengulas mengenai isu individu yang menggunakan perhatian awam atas alasan mencari keadilan, namun akhirnya hanyut dengan populariti.

“Bukan akak seorang yang bercerai-berai, bukan akak seorang yang kena tinggal, yang tak dapat nafkah. We are one of them.

“Cuma yang membezakan kami tak ada video berjahit perli sana-sini kerana kami mencari keadilan. Untuk cari keadilan, memang perlukan perhatian supaya orang tahu apa yang berlaku,” jelasnya.

Bagaimanapun, Balqis berpendapat ada pihak yang tersasar daripada tujuan asal selepas menerima perhatian ramai.

“Tapi orang-orang ni bila dah dapat attention, mereka lupa tentang situasi mereka untuk mendapatkan keadilan dan bukannya fame,” katanya.

Mengimbas pengalaman peribadi, Balqis mendedahkan keluarganya pernah berdepan kecaman hebat ketika melalui tempoh sukar, termasuk menerima kecaman daripada golongan berpengaruh.

“Waktu kes kami, ustaz, ustazah, influencer, selebriti, semua bantai kami balik cakap aib. Cakap nak tolong tapi sebenarnya untuk views, nama dan reputasi mereka,” katanya.

Balqis turut meluahkan rasa kecewa terhadap janji bantuan yang tidak pernah ditunaikan.

“Bila influencer buat video banyak-banyak dan orang ramai tawar nak bantu, itu bullsht*. Kami pernah alami. Tak ada seorang pun yang tolong kami. Kami cari keadilan dalam diam,” katanya.

Pelakon yang pernah menggondol anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia ke-19 itu itu turut berkongsi pengalaman pahit yang dilalui ibunya, termasuk kejadian traumatik yang disifatkan sukar untuk dilupakan.

“Parang dekat leher, bergari depan mata saya atas kes orang lain, ditinggalkan dalam bilik penuh perompak. Ini sedikit sahaja yang mak saya hadap,” luahnya.

Balqis juga mendakwa pernah ditolak oleh sebuah stesen televisyen susulan fitnah yang dilemparkan terhadap keluarganya.

“Stesen TV ada tolak saya sebab katanya kru dan selebriti cakap mak kau hisap dadah. Sampai sekarang aku ingat,” katanya.

Mengakhiri luahan, Balqis menyeru wanita yang mengalami nasib sama agar terus kuat demi anak-anak.

“Untuk semua wanita yang mengalami nasib yang sama atau lebih teruk tapi masih berdiam diri untuk anak-anak, karma ni lambat kerja dia. Jadi kita sebagai anak yang hanya mampu melihat, kita percepatkan sikit proses itu,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Balqis menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas yang mengaitkan dirinya serta keluarga dengan penyalahgunaan dadah menerusi satu hantaran panjang di Instagram Story akaun miliknya @morosechild, sambil meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap fitnah yang dilemparkan.
 

Must-Watch Video

Advertisement