Skip to main content

Hiburan

Didakwa Sudah Berbadan Dua? Isha Norsham Mohon Doa Yang Baik-Baik - “Mana Tahu Rezeki…”

Isha Norsham

Pengacara dan penyampai radio, Isha Norsham menafikan dakwaan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua.

Menurut Isha, perubahan fizikal yang disedari segelintir pihak kemungkinan berpunca daripada pertambahan berat badan atau pemilihan pakaian yang dipakainya ketika itu.

“Eh tidak, mungkin nampak macam tu sebab saya naik berat badan atau baju yang saya pakai agak besar,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Bagaimanapun, Isha menganggap spekulasi tersebut sebagai satu doa yang baik dan tidak menolak kemungkinan rezeki cahaya mata pada masa akan datang.

“Tapi doakan saya, mana tahu tahun ini ada rezeki,” ujarnya ringkas.

Terdahulu,  Isha Norsham selamat bergelar isteri kepada Azman Azeez dengan sekali lafaz di Hyatt Place Bukit Jalil, pada 10 Oktober 2025. 

Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Norsham Aziz dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Isha atau nama sebenarnya Nurul Farisha Norsham, 29, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas daripada pihak lelaki.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement