Skip to main content

Hiburan

‘Dibuang’ Brooklyn, Victoria Beckham: “Kami Cuba Jadi Ibu Bapa yang Baik”

Astrogempak VIC

Sekilas

  • Victoria Beckham buat pertama kali bersuara mengenai konflik keluarganya selepas anak sulung, Brooklyn Peltz, memutuskan hubungan dengan mereka.
  • Victoria menegaskan dia dan David Beckham sentiasa menyayangi anak-anak dan berusaha menjadi ibu bapa yang baik walaupun hidup dalam perhatian dunia selama lebih 30 tahun.
  • Brooklyn sebelum ini mendakwa ibu bapanya cuba mengawal dan merosakkan hubungannya dengan isteri, Nicola Peltz, dan enggan berdamai dengan keluarga.

Victoria buat pertama kalinya bersuara selepas anak sulung mereka, Brooklyn Peltz memutuskan hubungan keluarga dengan dirinya dan suami, David Beckham.

Mantan anggota Spice Girls itu berbicara mengenai konflik keluarganya yang menjadi perhatian umum sewaktu ditanya mengenai Brooklyn.

Tanpa menyebut nama anaknya, Victoria mengatakan baik dirinya mahupun Beckham, mereka sangat menyayangi anak-anak.

“Saya kira kami sentiasa sayangkan anak-anak. Kami sentiasa cuba menjadi ibu dan bapa yang baik, semampu kami,” kata Victoria dalam temu bual bersama The Wall Street Journal.

Dalam temu bual yang sama, wanita berusia 51 tahun itu juga mengatakan sebagai keluarga yang sentiasa terdedah dengan dunia glamor dan publisiti, dia dan Beckham sebaik mungkin cuba menjaga privasi dan melindungi anak-anak.

“Kami sudah menjadi perhatian dunia sejak lebih 30 tahun. Dan sejak itu kami sentiasa mahu menjaga serta melindungi anak-anak. Kami sayangkan anak-anak kami. Itu sahaja yang ingin saya katakan,” tambah Victoria.

Sejak pertama kali Brooklyn memberitahu dunia dirinya memutuskan hubungan dan enggan berbaik dengan keluarga kerana menyifatkan berada dalam kawalan bertahun-tahun pada Januari lalu, Victoria tidak pernah membalas kenyataan tersebut.

Brooklyn yang mendedahkan skandal ‘anak-beranak’ itu menerusi muat naik di media sosial turut mendakwa ibu bapanya cuba merosakkan hubungannya bersama isteri, Nicola Peltz sebelum perkahwinan mereka dan berterusan sehingga kini.

"Saya tidak mahu berdamai semula dengan keluarga saya. Saya tidak dikawal oleh sesiapa, sebaliknya buat pertama kali dalam hidup, saya tampil mempertahankan diri sendiri," katanya menurut muat naik terbabit.

Selain Brooklyn, pasangan selebriti itu memiliki dua lagi anak iaitu Cruz, Romeo Beckham dan Harper Seven.

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement