Skip to main content

Hiburan

Diana Danielle Bakal Muncul Dengan Lagu Raya Baharu Tak Lama Lagi - “Ramai Yang Suruh Saya Berhenti Menyanyi...Memang Saya Jenis Degil”

dffv

Sekilas

  • Diana Danielle bakal lancar lagu raya baharu tidak lama lagi selepas kembali aktif dalam dunia muzik dengan single Raja Dusta tahun lalu.
  • Dia selamba jawab kritikan yang pernah mempertikaikan bakat nyanyiannya dan bertekad terus berkarya walaupun ada yang suruh dia berhenti.
  • Lagu terbaru Diana dijangka terus menampilkan gaya berani dan mesej kuat seperti karya-karya sebelum ini.

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mengumumkan bakal melancarkan lagu raya baharu tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Diana secara berseloroh mengulas kritikan segelintir pihak yang pernah mempertikaikan kebolehannya dalam bidang nyanyian.

“Lagu raya baharu akan datang tidak lama lagi. Saya tahu ramai yang suruh saya berhenti menyanyi, dulu pun ramai juga yang suruh saya jangan berlakon. Memang saya jenis degil,” tulisnya. 

fvff

Menurut pelakon filem Imaginur itu, kritikan tersebut tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk terus berkarya dan mencuba perkara baharu dalam industri seni.

“Kalau ada yang rasa terseksa dengar suara saya di radio, lagi rancaklah saya keluarkan lagu sebab saya sedang dalam misi untuk menewaskan takhta penyanyi nombor satu itu,” katanya.

Sebelum ini, selepas dua tahun menyepi daripada dunia muzik, Diana Danielle kembali menerusi single terbaharunya, Raja Dusta yang dilancarkan sekitar Mei tahun lalu. 

Memilih pendekatan yang lebih nakal dan pedas, Diana menyuntik sindiran halus terhadap pengalaman hubungan toksik, menjadikan lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga simbol kekuatan buat mereka yang pernah menjadi mangsa janji palsu dan manipulasi.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Must-Watch Video

Advertisement