Sekilas
- Mimi Lana mempertahankan Beto Kusyairy yang sering muncul di skrin dan menyatakan dia tidak bosan menonton lakonan Beto.
- Mimi memberi sokongan penuh terhadap naskhah-naskhah yang dibintangi oleh Beto melalui kenyataannya di Threads.
- Respon Mimi mendapat pujian warganet kerana menunjukkan sikap saling menyokong dalam industri lakonan Malaysia.
Aktres terkenal, Mimi Lana mempertahan rakan pelakon, Beto Kusyairy yang dikatakan sering muncul di skrin sejak kebelakangan ini.
Menerusi Threads, Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin memaklumkan bahawa dia tidak bosan sebaliknya akan sentiasa memberi sokongan terhadap naskhah-naskhah yang dibintangi Beto.
“Tak apa, saya tak bosan.
“Kalau semua cerita dekat Malaysia ni semua Beto Yang berlakon, hari-hari saya pergi pawagam, hari-hari saya tengok televisyen,” kongsinya.
Respon Mimi itu membuatkan rata-rata warganet memuji Mimi yang dilihat saling menyokong kerjaya rakan seperjuangan lain dalam industri lakonan negara.
Terdahulu, seorang individu mencuri perhatian apabila berpendapat bahawa wajah Beto dilihat terlalu kerap muncul di skrin sehingga mendakwa ada segelintir penonton berasa jemu melihatnya.
Sumber: Threads