Skip to main content

Hiburan

Cik B Harap DSV Tidak Lagi Terluka Disebabkan Isu Cinta Lama - “Saya Yakin Mama Sudah Move On”

Astro Gempak 399

Sekilas

  • Cik B berkongsi pandangannya mengenai isu ibunya, Datuk Seri Vida, dan bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkifli, dengan menekankan pentingnya melihat sesuatu hubungan dari pelbagai sudut.
  • Dia berharap ibunya tidak lagi terluka dan memilih untuk menjauhkan diri daripada perkara yang boleh memberi kesan emosi, sambil mengakui tidak mempunyai hubungan baik dengan Iqbal.
  • Cik B juga menyatakan dia kini lebih memahami perasaan ibunya dan tidak mahu lagi campur tangan dalam hal peribadi tersebut selepas melihat pengalaman dan kesakitan yang dilalui.

Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida, Cik B tampil berkongsi pandangannya berhubung isu melibatkan ibunya dan bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkifli yang kembali menjadi perhatian ramai.

Menurut Cik B, sebagai individu yang melihat dari sudut berbeza, seseorang itu perlu menilai sesuatu hubungan dengan lebih mendalam termasuk memahami pandangan orang sekeliling.

“Saya tahu isu itu dan sebagai POV (point of view), bila bercinta kita tak tahu orang itu betul-betul ikhlas atau tidak.

“Kita kena tengok dari sudut orang lain juga. Kalau mama boleh lihat diri mama dari pandangan orang lain, mungkin mama akan faham apa yang saya rasa,” katanya.

Dalam masa sama, Cik B berharap ibunya tidak lagi terluka dan memilih untuk menjauhkan diri daripada perkara yang boleh memberi kesan emosi.

“Saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya harap mak saya tidak sakit hati. Untuk tidak sakit hati, kena menjauhi.

“Ada benda kita kena ‘let it go’. Macam kita pegang tali, bila lepaskan, kita akan rasa lega,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sendiri tidak mempunyai hubungan baik dengan individu berkenaan dan tidak pernah berkomunikasi dengannya sebelum ini.

“Saya dengan orang itu memang tak baik, tak pernah bercakap dengan dia selama ini,” jelasnya.

Cik B turut mengakui sebelum ini sering masuk campur, namun kini lebih memahami perasaan ibunya selepas meningkat dewasa.

“Dulu saya selalu masuk campur. Tapi bila dah besar, saya faham apa itu cinta dan saya tahu betapa sakitnya hati seseorang.

“Saya tak nak masuk campur lagi. Mama tahu apa yang dia buat dan saya yakin mama sudah ‘move on’,” katanya.

Terdahulu, isu membabitkan usahawan tersebut kembali hangat diperkatakan selepas beliau berkongsi mengenai prosedur membekukan telur yang dilakukan ketika masih menjalin hubungan baik dengan Iqbal.

Untuk rekod, hubungan mereka sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai apabila merancang untuk mendirikan rumah tangga, namun tidak kesampaian.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement