Skip to main content

Hiburan

"Saya Akan Langsaikan..." - Azar Azmi Pilih Damai, Mahu Selesaikan Isu Hutang Dengan Abiejam

Astrogempak AZAR

Sekilas

  • Pelakon Azar Azmi mengakui mempunyai hutang RM15,000 kepada Abiejam, abang kepada pempengaruh Siti Jamumall, dan berazam untuk melangsaikannya sepenuhnya.
  • Azar tidak menerima sebarang panggilan daripada Abiejam kerana sudah enam bulan tidak menggunakan telefon dan tidak aktif di media sosial.
  • Azar berjanji akan menghubungi pihak berkaitan untuk menyelesaikan isu hutang tersebut dan mengelak daripada memanjangkan masalah.

Pelakon, Azar Azmi enggan mengulas lanjut mengenai isu hutang RM15,000 kepada Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall iaitu Abiejam. 

Bagaimanapun, menurut Azar dia tidak akan mengelak daripada membayar hutang, malah berazam untuk melangsaikan semuanya. 

“Macam saya cakaplah, hutang tetap kena bayar. Kalau boleh saya memang nak selesaikan semuanya. Saya tak nak berhutang walaupun satu sen.

“Andai kata kalau mata saya terpejam awal, biarlah semuanya sudah selesai. Jadi sebelum itu, doakan saya dapat bayar segala-galanya,” katanya kepada Gempak. 

Dalam pada itu, Azar juga mengakui tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak Abiejam kerana sudah enam bulan terputus hubungan daripada dunia digital. 

"Tak ada, saya tak dapat menerima apa-apa sebab nombor yang saya pakai memang dah tak ada. Memandangkan enam bulan sebelum itu saya tak ada telefon, dan sebelum-sebelum tu juga memang tak ada sesiapa yang ada nombor saya sebab saya pun tak bagi tahu nombor saya dekat sesiapa.

"Lepas tu saya punya akaun TikTok ke, akaun Instagram ke, memang semua tak ada log in dan saya memang tak berhubung dengan sesiapa. Jadi saya dengan dunia saya, saya tak tahu apa-apa langsung yang berlaku dekat luar. Andai kata ada salah silap saya, saya minta maaf," tambahnya.

Azar juga mengakui akan mengambil langkah untuk memperbetulkan keadaan dengan menghubungi pihak berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik. 

"Dan sekarang saya dah aware dengan benda ni, so saya akan hubungi pihak yang sepatutnya untuk kita duduk bincang. Sebab saya pun tak nak benda ni dipanjang-panjangkan. Kita kalau nak jalan hidup ni, kita tak nak pening-pening kepala, nak musuh-musuh, nak besar-besarkan kes. 

"Rasanya wasting, benda tu wasting. Benda kita boleh selesai, jangan susahkan diri. Daripada pihak saya, mungkin saya ada salah saya sebab saya tak bagi tahu apa masalah yang saya hadapi. Tapi bila satu benda tu jadi dalam hidup saya, yang mana saya tak pernah buat benda tu, pada waktu itu saya jadi stuck, saya jadi malu, saya jadi tak tahu how to handle the things. 

"That's the thing lah apa yang jadi dekat saya. Tapi no matter what, kena selesaikan benda ni. Saya akan selesaikan," tambahnya. 

Terdahulu, Abang kepada pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall iaitu Abiejam tampil mendedahkan dan mendakwa pelakon Azar Azmi masih belum melunaskan hutang berjumlah RM15,000 sejak enam tahun lalu.

Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin, mendakwa wang itu diberikan kerana mahu membantu pelakon itu memulakan perniagaan termasuklah menyediakan barangan perniagaan serta sokongan bagi siaran langsung di platform media sosial.

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement